Khamis, 17 November 2011

Rasuah GIAT MARA - Salahuddin Ayub buat Laporan SPRM.

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR . - Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub bakal membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) atas tindakan Giat MARA yang membuat pembelian beberapa peralatan yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menurut beliau, ianya jika benar bukan sahaja satu penyelewengan, malah perkara ini mesti disiasat pihak SPRM kepada laporan yang dikeluarkan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di Dewan Rakyat minggu lalu mencurigakan dan menimbulkan ketidakpuasan hati dari kalangan pihak Pakatan.

Salahudin yang bercakap pada Sidang Media di Parlimen menjelaskan perkara yang memusykilkan beliau selaku panel khas SPRM yang dilantik Parlimen adalah jumlah peralatan yang dibeli pihak berkenaan adalah jauh terlalu tinggi jika dibandingkan dengan harga sebenar dan tidak munasabah.

Beliau menyebut antara peralatan yang dilaporkan dibeli dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran ialah ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 dan katil boleh lipat pula dibeli dengan harga RM500 berbanding harga pasaran RM100.

Dua dapur gas pembakar dibeli dengan harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90, mesin gunting rambut yang dibekalkan dengan harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79 dan pengisar dibeli dengan harga RM140 berbanding harga pasaran RM60.

Tiada ulasan: