Selasa, 22 November 2011

PKR sudah ada calon di Wangsa Maju

"Kita sudah pun mengenalpasti calon berwibawa yang telah pun bekerja di kawasan tersebut sejak berbulan dahulu," kata Nurul Izzah Anwar.



PETALING JAYA: PKR sudah mempunyai calon untuk merampas semula kerusi parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum 2008, Wangsa Maju milik PKR tetapi dua tahun kemudian Wee Choo Keong meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas.

“Kita sudah pun mengenalpasti calon berwibawa yang telah pun bekerja di kawasan tersebut sejak berbulan dahulu,” kata Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun, naib presiden PKR ittu tidak mahu mendedahkan nama calon.

Dalam perkembangan berkaitan, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menjawab tuduhan yang beliau mempunyai akaun bank di Israel.

Akaun di Tel Aviv

“Fitnah terbaru akaun di Tel Aviv, Israel ini merupakan fitnah lama yang menggunakan serangan yang sama seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan keluarganya.

“Mereka lupa menukar kandungan perincian maklumat agar lebih mudah menipu orang ramai,” kata Nurul.

Sejak minggu lalu,timbul desas-desus bahawa Nurul mempunyai akaun bank di Tel Aviv, Israel.

Beliau membidas tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai cubaan murahan yang dapat mengabui perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana rakyat.

Antara kes yang ditonjolkan beliau adalah pembayaran wang sebanyak RM 77 juta, FBC RM 94 juta dan NFC RM250 juta.

Tiada ulasan: