OLEH kerana Noh Omar kata projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada anak beranak Shahrizat Jalil tidak gagal. Maka kami telah mengambil inisiatif untuk pergi sendiri meninjau projek tersebut di Gemas Negeri Sembilan semalam.
Rombongan Jingga 13 bersama Rafizi Ramli dan beberapa ADUN Negeri Sembilan serta wartawan menaiki lebih sepuluh biji kereta menyambut pelawaan Noh Omar yang berkata rakyat dialu-alukan untuk melihat projek yang dibangunkan oleh wang rakyat ini bila-bila masa.
Selepas melepasi gerbang masuk Pusat Fidlot Nasional, kami dapati tiada seekor lembu pun yang kelihatan sepanjang laluan kami di dalam kawasan berpagar projek yang mendapat peruntukan kerajaan sehingga RM250 juta itu.
Ini menguatkan lagi azam kami untuk meninjau kawasan dalam Pusat Fidlot Nasional itu. Kami nak kira sendiri ada berapa ekor lembu dalam tu. Menteri kata projek ini berjaya dan tidak gagal.
Cukup mengecewakan, sebaik sahaja kami sampai di pejabat pentadbiran Pusat Fidlot Nasional itu, pekerja yang ada di situ terus meluru dan menutup pintu pagar dan menghalang tinjauan kami.
Puas kami merayu untuk bertemu pegawai paling tinggi yang bertugas di situ, tapi semua pekerja yang ada di situ hanya buat bodoh. Mereka kata semua pegawai tiada, dan mereka dapat arahan jangan benarkan sesiapa pun datang melawat.
Kami minta supaya hanya wartawan dibenarkan masuk untuk mengira sendiri berapa ekor lembu di dalam Pusat Fidlot Nasional tersebut. Juga tak dibenarkan, seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Dalam musim Hari Raya Haji seperti ini, tiada lembu yang kelihatan di Pusat Fidlot Nasional. Ini Pusat Fidlot taraf nasional atau taraf JKKK kampung?
ReJaM© "Apa yang nak disorokkan dalam tu? Ada lembu ke tidak?"
1 ulasan:
lembu2 tu da diedar utk korban, mana nak ada lagi. tunggu la sharizat beranak lagi lembu tahun depan.
Catat Ulasan