Rabu, 9 November 2011

Laporan awal PSC dibentang Disember ini


Koh Jun Lin


Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya akan membentangkan cadangan awalnya pada Disember ini, kata pengerusinya Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Katanya, laporan awal itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum sesi semasa ditangguhkan.

NONE"Kami telah diberikan enam bulan, tetapi saya, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa lain, telah membincangkannya (dan membuat kesimpulan) bahawa kami harus memberi laporan awal sebelum sesi (sekarang) Dewan Rakyat ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fuji Xerox Docuworld 2011 dan Ulangtahun ke-45 Fuji Xerox Malaysia di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurut Ongkili, turut dimasukkan dalam laporan itu ialah 40 peratus keputusan yang sudah dicapai oleh jawatankuasa itu dalam tiga mesyuarat terdahulu.

Walau bagaimanapun, Ongkili enggan mendedahkan sebarang daripada cadangan yang dikemukakan itu.

"Kita akan mendengar pandangan daripada 40 kumpulan orang awam dari kawasan tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa," katanya lagi.

azlanSetakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya telah dipanggil bagi menghadap jawatankuasa itu minggu lalu, manakala sesi dengan Jabatan Pendaftaran Negara akan bersambung pada mesyuarat kali keempatnya esok.

Sesi pertama daripada enam sesi selama dua hari setiap satu untuk orang ramai akan bermula Jumaat ini di bangunan Parlimen. Maklum balas dan maklumat lanjut daripada orang ramai juga boleh dihantar melalui e-mel dan portal MyIdeas.

Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 3 Oktober lalu bagi memberi cadangan-cadangan untuk penambahbaikan proses pilihan raya berikutan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Tiada ulasan: