Jumaat, 11 November 2011

Koh: Dewan BN tak bincang ketua BN Pulau Pinang

Hafiz YatimPresiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menafikan bahawa mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini membincangkan kedudukan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang.

Koh berkata, perkara itu tidak dibincangkan langsung.

"Tidak ada perbincangan mengenai jawatan pengerusi BN Pulau Pinang atau kepimpinan BN mana-mana negeri, dalam mesyuarat hari ini," katanya.

Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ditemui pemberita selepas pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Hari ini dilaporkan seorang lagi pemimpin Gerakan, Teng Chang Yeow, berkata telah bersedia untuk memimpin BN Pulau Pinang dalam pilihan raya umum.

Terdapat spekulasi bahawa Koh mungkin mengosongkan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang untuk menumpukan perhatian kepada jawatan pusat.

Tiada ulasan: