Jumaat, 11 November 2011

Kerajaan Mansuh 2,625 Jawatan Pengajar Di IPTA

PAHANG DAILY


Ternyata, isu ini sengaja dipolitikkan bagi menakut-nakutkan rakyat sebenarnya. Kami mempunyai bukti kukuh bahawa kerajaan telah awal-awal lagi melaksanakan "pengurangan kakitangan awam" itu sebenarnya. Ia dilakukan selepas saja Bajet 2012 dibentangkan di parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Kes terjadi kepada 2,625 orang Pengajar Sementara Gred DA41 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (AWAM) di negara ini. Malah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memansuhkan 2,667 jawatan pelbagai skim dan gred di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Malah, surat bertarikh 25 Ogos 2011 daripada JPA yang dihantar kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi jelas mengatakan "Perakuan Pemansuhan Jawatan Berikutan Perlaksanaan Perkhidmatan Awam Yang Kejat Di Kementerian Pengajian Tinggi". Pihak KPT juga telah dinasihatkan supaya tidak membuat pengisian terhadap semua jawatan yang diperakukan untuk dimansuhkan itu dan keputusan tersebut adalah muktamad. Manakala, perakuan bagi pemansuhan jawatan tersebut bagi tujuan pengeluaran surat kelulusan perjawatan adalah bermula dari tarikh 1 September 2011 yang lalu. Berdasarkan kepada keputusan terbabit semua Institusi Pengajian Tingga Awam diarah menamatkan jawatan itu.



Bukti, inilah surat yang telah dihantar oleh JPA kepada KPT tentang isu ini



Bukti, inilah surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh Universiti Malaya itu

Salah satu IPTA yang berkenaan iaitu Universiti Malaya telah menghantar surat rasmi kepada pihak yang berkenaan baru-baru ini yang antara lain menyatakan dengan jelas bahawa mereka yang terlibat ditamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengajar Gred DA41 di universiti berkenaan dan jawatan tersebut juga dimansuhkan berdasarkan arahan oleh kerajaan itu. Difahamkan juga dalam surat tersebut dimaklumkan bahawa satu taklimat pembekuan dan pemansuhan jawatan telah diadakan pada 12 Oktober 2011 iaitu lima hari selepas Najib membentangkan Bajet 2012 (7 Oktober). Taklimat dibuat oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia (BSM) universiti terbabit dengan wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PT) dan surat bertarikh 20 Oktober 2011 tentang pemansuhan jawatan Pengajar Gred DA41 telah dimaklumkan. Akibat tindakan tersebut ramai dikalanga "mangsa" yang terlibat kecewa dan terkejut. Malah, sebahagian besar dari kalangan mereka hairan dengan keputusan kerajaan itu, sedangkan dalam masa yang sama baru sahaja mengumumkan kenaikan gaji jawatan mereka pada pembentangan Bajet 2012 yang lalu. Tiba-tiba mereka diarahkan berhenti malah jawatan mereka juga turut dimansuhkan. Lebih teruk lagi sebahagian besar dari kalangan mereka sudah pun berkhidmat begitu lama dengan beberapa buah IPTA terbabit. Inilah yang kengecewakan mereka.



Bukti, inilah jumlah mereka yang terlibat mengikut IPTAmasing-masing

[Keputusan kerajaan itu jelas sekali telah menganiaya nasib mereka. Tambahan pula ada dikalangan mereka yang telah membuat pinjaman perumahan dan peribadi dengan beberapa buah institusi kewangan di negara ini. Daripada bergaji sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan kini mereka akan berhadapan dengan satu "detik hitam" dalam kehidupan mereka apabila terpaksa bergelar "penganggur terhormat" dalam masa terdekat ini. Sepatutnya kerajaan mencari alternatif lain kepada mereka yang terbabit agar diserapkan ke agensi kerajaan lain, bukan dengan menamatkan perkhidmatan mereka sesuka hati. Bayangkan, mereka yang terlibat tiba-tiba hilang pekerjaan dan terpaksa mencari kerja sama seperti graduan menganggur yang lain. Kenapa bakat dan kepakaran mereka diabaikan begini sahaja. Kini kerajaan pula menuduh DAP mahu mengurangkan kakitangan awam, padahal mereka awal-awal lagi sudah melaksanakan tindakan tersebut sebenarnya. Justeru, rakyat diminta menilai "cakap tak serupa bikin oleh Kerajaan Malaysia ini. Jika ini keadaannya, maka sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menolak BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Mereka sengaja memainkan isu, sedangkan mereka yang yang melakukan perbuatan tersebut sebenarnya].

Tiada ulasan: