Ahad, 13 November 2011

Kerajaan akan lancar program Laman Agro

MALAYSIA KINI

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melancarkan program "Laman Agro" bulan depan bagi menggalakkan masyarakat terutama di bandar supaya terbabit dalam kegiatan pertanian walaupun dengan kawasan tanah yang terhad untuk bercucuk tanam.

sellers vegetable 090805 sellersMenterinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata kementerian mahu orang ramai terbabit sama dalam aktiviti pertanian dengan menggalakkan mereka 'tanam apa yang dimakan, makan apa yang ditanam' bagi mengurangkan penggantungan kepada bekalan makanan yang diimport.

"Mereka boleh menggunakan kaedah pertanian seperti seperti hidroponik untuk bercucuk tanam kerana masyarakat perlu sedar bahawa dunia dijangka mengalami krisis makanan pada 2050," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Agro Taiping di Taman Tasik di Taiping, malam tadi.

vegetable, genericTerdahulu ketika berucap, beliau berkata, bagi memastikan usahawan industri kecil dan sederhana dalam bidang pertanian dapat kekal bersaing pada masa depan, mereka perlu menggunakan teknologi moden yang antaranya mencakupi produk baru, kaedah baru pemprosesan, pembungkusan, label yang menetapi kehendak undang-undang serta sijil kualiti bertaraf antarabangsa.

Katanya, usahawan industri asas tani perlu berubah dan dinamik dengan sentiasa mendapatkan maklumat dan kemahiran baru kerana ia boleh menjamin kelangsungan usahawan itu dalam perniagaan pertanian yang sangat mencabar.
- Bernama

Tiada ulasan: