Sabtu, 5 November 2011

DUN Pulau Pinang lulus usul gesa Putrajaya tidak rayu kes AUKU

THE MALAYSIAN INSIDER

GEORGE TOWN ― Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ditangguhkan setelah meluluskan dua usul ― berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan dakwaan menyentuh anak Ketua Menteri.

Usul itu ialah berkaitan cadangan yang dikemukakan Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman bagi menyambut baik ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU bercanggah dengan perlembagaan negara.

Beliau juga mahu DUN mendesak kerajaan persekutuan supaya tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu, lapor Bernama Online.

Usul kedua yang diluluskan ialah yang dikemukakan seorang anggota penyokong kerajaan Jagdeep Singh (DAP-Datok Keramat) untuk mengutuk media Umno Online dan Utusan Malaysia yang didakwa menyiarkan tohmahan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung anak lelaki Lim yang didakwa mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur.

Speaker Datuk Abdul Halim Hussain kemudiannya menangguhkan persidangan DUN ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Tiada ulasan: