Khamis, 24 November 2011

Bil Elektrik Anda Bakal Naik Lagi Selepas Ini Dengan Pengenalan Caj Tambahan 1%!!

Staff Berita Semasa

bil elektrik Bil Elektrik Anda Bakal Naik Lagi Selepas Ini Dengan Pengenalan Caj Tambahan 1%!!


Kami ingat lagi bait-bait kenyataan yang keluar daripada mulut seorang Menteri, kenaikan bil elektrik hanya akan mempengaruhi kawasan-kawasan perindustrian sahaja. Tiba-tiba, selepas ini 30% daripada pengguna elektrik di Semenanjung “bakal menikmati kenaikan bil elektrik” selepas akan adanya caj tambahan sebanyak 1%.

Sebelum ini pada Jun 2011, baru sahaja berlakunya kenaikan tarif elektrik, sekarang sudah ada pula caj tambahan sebanyak 1%?

Untung TNB tahun lepas sahaja lebih RM3 billion. Itu belum lagi dicampur lagi keuntungan yang bakal TNB perolehi jika perjanjian IPP yang cukup berat sebelah itu disemak semula. Keuntungan “atas angin” IPP itulah yang telah mengurangkan margin keuntungan yang boleh dinikmati oleh TNB.

Cuba kita semak semula berita pada 2 bulan lepas, yang mana keputusan kerajaan untuk menangguhkan kutipan caj tambahan sebanyak 1%

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kutipan caj tambahan satu peratus terhadap penggunaan bekalan elektrik pengguna melebihi 300 kilowatt sejam (KWj) sebulan yang sepatutnya dilaksanakan awal bulan ini ditunda kepada 1 Disember ini.(Sumber : Utusan)

Dan sekarang ini, tinggal seminggu sahaja lagi, bermula 1 Disember 2011 mana-mana daripada anda yang guna bekalan elektrik lebih 300 kilowatt sejam (kwj) sebulan akan dikenakan caj tambahan sebanyak 1%. Berapa ramai yang “terkena”? Dianggarkan kira-kira 30% pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia akan mengalami perubahan pada bil elektrik masing-masing. Adakah anda orangnya?

Dalam pada itu, di bawah skim tenaga boleh diperbaharui itu kerajaan menyasarkan kapasiti janaan sebanyak 2,080 megawatt (mW) menjelang 2020 dan 4,000 mW pada 2030. Jadi apa inisiatif yang kerajaan lakukan?

  • Mana-mana daripada isi rumah yang sanggup membuat pelaburan pemasangan panel solar di bumbung rumah mampu menjana pendapatan antara RM300 dan RM700 sebulan melalui penjanaan tenaga sebanyak tiga hingga enam kWj.
  • Oleh itu isi rumah tersebut perlu membuat pelaburan antara RM20,000 dan RM50,000 berdasarkan saiz panel solar yang dipasang.
  • Ada daripada anda di sini yang berminat?

Siapa yang ada modal besar boleh cuba. Dengan pengenalan caj tambahan sebanyak 1%, bil elektrik anda akan naik selepas ini. Dan…..ini satu lagi cara kerajaan mempercepatkan & memperluaskan penggunaan RE di Malaysia

  • Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) & Tenaga Nasional Berhad (TNB) bekerjasama untuk kutip caj tambahan tersebut dan melaksanakan Feed-in Tariff (FiT)
  • Menerusi FiT, pengguna hanya perlu memohon akaun untuk memasang penjanaan RE bersama-sama dengan sistem dua meter di dalam rumah.

Tak silap kami, sistem 2 meter ini adalah :

  • Satu meter biasa TNB, yang kita gunakan sekarang ini. Kita bayar kepada TNB
  • Satu lagi meter kalau anda pasang RE (renewable energy) di rumah anda seperti solar panel, kemudian tenaga elektrik itu anda jual semula kepada TNB.

P/S : Nasib baik kerajaan beri bantuan RM100 untuk pelajar sekolah dan bantuan RM500 untuk pendapatan bawah RM3000, sekurang-kurangnya ringan sikit beban untuk bayar bil elektrik setiap bulan selepas ini. Diitambah dengan adanya caj tambahan sebanyak 1% pula…

Tiada ulasan: