Isnin, 21 November 2011

Bengkel Ketua IT PAS kawasan, MTD Pahang

Harakahdaily


TEMERLOH: Bengkel Data dan Maklumat Bersepadu Negeri Pahang yang khusus kepada Ketua IT Kawasan dan Majlis Tindakan Dun (MTD) untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 telah dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmadi.

Roslan dalam ucapannya menekan kepada betapa penting Pahang menggunakan sepenuhnya kepakaran tenaga ICT yang ada di pusat dan negeri bagi membantu perkembangan gerakkerja pentadbiran parti.

Pencapaian terbaik PAS di Pahang adalah pada pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999, dimana PAS berjaya menang 6 kerusi Dun tetapi dalam Pilihanraya umum ke12 pada tahun 2008, PAS hanya memenangi 2 kerusi Dun sahaja, kata Setiausaha Perhubungan PAS Pahang.

Beliau berharap persiapan jentera pilihanraya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa ini begitu penting kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS untuk membolehkan kerusi-kerusi yang telah dikenalpasti dapat dimenangi.

Seramai 45 orang Ketua IT dari 14 kawasan parlimen dan 42 kawasan Dun telah hadir.

Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat (JITP), Suhaimi Embong dibantu oleh Pegawai IT PAS Pusat, Abdullah Atan dan Pengarah IT Dewan Pemuda PAS Pusat, Wan Asrul Effendi.

Di akhir program, Pengarah IT PASPusat menyerahkan resolusi Persidangan ICT dan Media Baru yang diadakan baru-baru ini kepada Setiausaha Perhubungan PAS Pahang dengan disaksikan oleh Bendahari PAS Pahang.

Turut hadir dalam program itu adalah Pengarah Pilihanraya, Penolong Setiausaha serta Pengarah IT PAS Pahang.

Tiada ulasan: