Selasa, 22 November 2011

Akta Perhimpunan Aman perlekeh hak rakyat Malaysia, kata Ambiga


KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan membidas undang-undang perhimpunan aman yang dibacakan kali pertama hari ini atas alasan ia memberi kuasa yang luas kepada Menteri Dalam Negeri dan polis selain menghakis hak dan kebebasan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan selama ini.

Bekas presiden Majlis Peguam ini (gambar) mendakwa kerajaan telah gagal dalam menerima pakai standard antarabangsa, sebaliknya mengehadkan kebebasan yang diberikan oleh undang-undang tertinggi negara ini.

“Rang undang-undang ini (Perhimpunan Aman) membataskan hak kita seluas yang mungkin,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: