Rabu, 9 November 2011

ADUN BN Batang Kali digantung hadiri DUN S'gor


MALAYSIA KINI

ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim yang terus-menerus menyuarakan ketidakpuasannya terhadap jawapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap jawapan tambahannya diarahkan meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

NONESpeaker DUN, Datuk Teng Chang Khim membuat keputusan itu di bawah Peraturan 44 (2) Peraturan Tetap dewan, turut menggantungnya daripada menyertai sidang dewan selama sehari.

Teng membuat keputusan itu berikutan tindakan Mohd Isa yang enggan berhenti daripada menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai tindakan Abdul Khalid yang tidak menjawab soalan tambahannya mengenai program khusus untuk para penjawat awam di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Speaker berkata beliau merasakan Abdul Khalid telah menjawab soalan tambahan Mohd Isa kerana penjawat-penjawat awam di Selangor menikmati segala kemudahan di bawah MES memandangkan mereka juga adalah rakyat Selangor.

Mohd Isa yang terus membantah, telah diiringi oleh bentara dewan untuk keluar meninggalkan dewan.- Bernama

Tiada ulasan: