Memaparkan catatan dengan label PRK - KEDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK - KEDAH. Papar semua catatan

Rabu, 8 April 2009

Kemenangan, satu pengiktirafan golongan muda

Nyza Ayob


KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin berpandangan referendum rakyat khususnya referendum golongan muda telah memberi pengiktirafan kepada calon muda, S. Manikumar yang akan membawa mandat rakyat Bukit Selambau dan keseluruhan rakyat negeri Kedah.

Beliau menegaskan kemenangan tersebut juga merupakan perjuangan untuk melakukan perubahan kerana calon yang dipilih bukan sekadar wakil rakyat tetapi bertanggungjawab melakukan perubahan pentadbiran pada politik negara.

Sementara itu, Shamsul Iskandar juga berpendapat kemenangan tersebut juga terus memperkasa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah serta mengubah sebuah pentadbiran yang 'bobrok' dan korup.

"Ini juga membuktikan pengaruh Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi relevan dalam politik Malaysia yang mana Bukit Selambau serta Bukit Gantang menguburkan beliau,"katanya. - mks._

'Orang kuat Tun' sapu undi BN di Bukit Selambau

KLPOS.COM


SUNGAI PETANI: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang dengan majoriti 2,148 undi dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang mendapat 10,229 undi dan juga 13 calon Bebas. Seorang calon bebas Mejar (B) Anuar Abd. Hamid memperolehi lebih 500 undi.

Anuar yang merupakan bekas AJK UMNO Merbok merupakan penyokong Tun Dr Mahathir yang keluar parti bersama-sama bekas Perdana Menteri itu.

Anuar yang ditemui berkata beliau tidak kecewa dengan kekalahan itu dan mungkin akan berehat selepas ini setelah menempuh hari-hari kempen yang agak panjang.

“Saya juga mempertimbangkan untuk masuk semula UMNO kerana dulu saya keluar UMNO setelah Tun Dr. Mahathir keluar UMNO, kini beliau dah masuk semula UMNO.”

Kemenangan calon PKR diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir malam ini.

Menurut Abdullah, 13 lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas hilang wang pertaruhan selepas mendapat undi tidak melebihi satu perempat daripada mereka yang keluar mengundi.

Mereka ialah R. Loganathan yang mendapat 31 undi manakala Tan Hock Huat (78), Radhi Md. Lazim (25), Mohd. Fadzil Abdul Wahab (83), Abdul Rahim Abu (60), L. Sarala (49), A. Jayagopal (35), S. Moganakumar (46), Khamis Awang (29), Husaini Yaacob (257), M. Vanesan (32), Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (528) dan T. Chandrarajan (73).

Terdapat sebanyak 415 undi rosak dan jumlah keluar mengundi ialah 70.28 peratus daripada 35,140 pengundi berdaftar.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon Bebas yang kemudiannya menyertai PKR, V. Arumugam menewaskan calon BN, S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lalu.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kemenangan PKR dan Pas di Bukit Selambau dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang memberi mesej kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO dan BN perlu berusaha keras untuk memenangi hati rakyat.

Selasa, 7 April 2009

PKR dahului calon BN di Bukit Selambau

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


SUNGAI PETANI: Sehingga pukul 9.50 malam, calon PKR, S. Manikumar mendahului dengan 7,398 undi berbanding calon BN, Datuk S. Ganesan yang mendapat 6,228 undi.

Jumlah tersebut hasil kiraan 41 peti undi daripada keseluruhan 65 peti undi.

Sementara itu, jumlah undi bagi 13 lagi calon Bebas ialah:

1. R Loganathan (kelapa sawit) - 22

2. Tan Hock Huat (kunci) - 45

3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 20

4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau) - 55

5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 35

6. L Sarala (basikal) - 36

7. A Jayagopal (payung) - 15

8. S Moganakumar (buku) - 22

9. Khamis Awang (ayam jantan) - 17

10. Husaini Yaacob (bas) - 140

11. M Vaneson (ikan) - 16

12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 314

13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 48

Situasi terkini di Bukit Selambau,KeADILan menang!

Bashir Ishak, Izwan & Sabri
(Terkini)


BUKIT SELAMBAU - Sehingga jam 8:40 malam calon KeADILan, S Manikumar mendahului: KeADILan (9,020), BN (8,1,89), Bebas (1,029). Majoriti 831. KeADILan Menang!

8.30 malam:Calon KeADILan, S Manikumar mendahului: KeADILan (8,829), BN (8,021), Bebas (868). Majoriti 808. KeADILan Menang!

8.15 malam: Keputusan tidak rasmi, Manikumar mendahului dengan 2,311 undi.

7.50 malam: Keputusan tidak rasmi, KeADILan mendahului dengan 1,294 undi.

7.15 malam: Keputusan tidak rasmi, calon KeADILan, masih mendahului dengan 937 undi setelah 5 daripada 22 pusat pengundian dihabis kira.

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi calon KeADILan masih lagi mendahului dengan 700 undi.

5.45 petang:Menurut Pengarah PAS Bagi Pilihan Raya Kecil N.25 Bukit Selambau, Senator Muhamad Yusuf Husin, selepas semua 22 Pusat Pengundian ditutup jam 5:00 petang tadi, sekitar 73 peratus daripada 35,140 pengundi berdaftar bagi PRK tersebut telah keluar mengundi.

Bagaimanapun peratusan itu belum rasmi. Menurut beliau juga, sekiranya culaan di bangsal-bangsal panas Pakatan Rakyat adalah betul bermakna calon Pakatan Rakyat telah mendapat 13,115 undi mengatasi calon BN dan calon-calon Bebas dengan majoriti 1,479 undi.

Jelas beliau, kebanyakan pusat pengundian juga mengalami kesesakan pada waktu rehat tengahari tadi dan kembali stabil pada sebelah petang. Secara keseluruhan, beliau berkata, suasana agak tegang tetapi tidak ada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup dan proses kiraan akan bermula jam 5.30 nanti.

4.45 petang: Sehingga kini sekitar 60 peratus telah turun mengundi. Hujan telah mula turun.Keadaan kesesakan lalu lintas masih berlaku.

4.23 petang: Menurut Malfrel suasana tegang berlaku di SJK Chung Hua apabila Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan dan Karpal Singh tiba untuk melihat kawasan tersebut.

Beberapa penyokong MIC kelihatan begitu marah dan membaling botol minuman ke arah kereta yang lalul di situ termasuk kenderaan orang awam.

4.00 petang: Cuaca mula mendung kelihatan. Mengikut ramalan kaji cuaca, keadaan cuaca sebelah petang adalah mendung dan hujan dijangka turun.

3.30 petang: Sehingga jam 3.30 petang tadi calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar telah melawat pusat pengundian ke-19 daripada 22 kesemuanya di Dun Bukit Selambau.

Masih ada 3 pusat lagi yang belum dilawatinya iaitu Sekolah Dataran Muda, Lubuh Kawah,SK Tamil Kg Rusa dan SK Tamil Sungkup Para.

Situasi terkini di Bukit Selambau

Bashir Ishak, Izwan & Sabri


BUKIT SELAMBAU - Pusat pengundian telah ditutup. Ketika ini proses pengiraan undi sedang dilaksanakan. Keputusan awal bakal diketahui sekitar jam 8 malam.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup dan proses kiraan akan bermula jam 5.30 nanti.

4.45 petang: Sehingga kini sekitar 60 peratus telah turun mengundi. Hujan telah mula turun.Keadaan kesesakan lalu lintas masih berlaku.

4.23 petang: Menurut Malfrel suasana tegang berlaku di SJK Chung Hua apabila Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan dan Karpal Singh tiba untuk melihat kawasan tersebut.

Beberapa penyokong MIC kelihatan begitu marah dan membaling botol minuman ke arah kereta yang lalul di situ termasuk kenderaan orang awam.

4.00 petang: Cuaca mula mendung kelihatan. Mengikut ramalan kaji cuaca, keadaan cuaca sebelah petang adalah mendung dan hujan dijangka turun.

3.30 petang: Sehingga jam 3.30 petang tadi calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar telah melawat pusat pengundian ke-19 daripada 22 kesemuanya di Dun Bukit Selambau.

Masih ada 3 pusat lagi yang belum dilawatinya iaitu Sekolah Dataran Muda, Lubuh Kawah,SK Tamil Kg Rusa dan SK Tamil Sungkup Para.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar membuang undi.

Bendera Umno lebih banyak dari MIC

Zaid Ibrahim gesa sokong Pakatan Rakyat.

Oleh: Rusnizam Mahat


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim menyeru pengundi-pengundi di N.25 Bukit Selambau supaya memilih calon Pakatan Rakyat, S. manikumar
sebagai wakil mereka di kawasan itu.

“Demokrasi di Malaysia sekarang sedang tenat akibat diterajui oleh golongan yang gila kuasa dan mereka takut kehilangan kuasa sehingga sanggup lakukan apa saja untuk mendapat kuasa. kalau perlu tipu mereka akan tipu, kalau perlu bohong mereka akan bohong. Inilah apa yang BN sedang alami sekarang.

“Saya minta penduduk di Bukit Selambau supaya teruskan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,”katanya pada ceramah rand Finale Pakatan Rakyat di Sungai Lalang malam tadi.

Kata Zaid, beliau dipecat dari Umno bukan kerana terlibat dengan jenayah perjudian atau rasuah, tetapi hanya lah kerana menghadiri kongres keADILan yang diadakan di Shah Alam pada akhir tahun lalu selepas dijemput oleh parti itu.

Zaid dalam ucapannya beliau turut dipecat dari Umno kerana mengkritik konsep ketuanan melayu yang diperjuangkan oleh parti itu.

“orang melayu yang ada hak istimewa kita boleh terima, tak ada masalah. Itu bukan soal ketuanan melayu. Masalahnya mereka ini tidak faham beza antara ketuanan melayu dan hak keistimewaan melayu,”katanya.

“Orang Umno marah bila saya kata konsep ketuanan melayu ini apa benda. Konsep ketuanan melayu ini hanya rekaan Abdullah Ahmad (rakan mahathir),”ujarnya.

Kehadiran Zaid di atas pentas keADILan malam tadi memberi semangat baru kepada pengund-pengundi di BUkit selambau dalam menentukan siapakah calon pilihan mereka.

Kemunculan itu turut memberi tamparan hebat kepada Umno dengan memainkan isu kemasukan kembali bekas Perdana Menteri Mahathir Mohammad ke dalam parti itu dan berkempen untuk memenangkan calon MIC, S.Ganesan.

Hadir pada program cermah malam tadi ialah Ketua penerangan keADILan, Anwar Ibrahim, Naib presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategi keADILan,Saifuddin Nasution, Ketua Penerangan, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar minta penyokong Pakatan keluar awal.

Ketua umum KeADILan, Anwar Ibrahim menyeru supaya pengundi-pengundi di kawasan Dn N.25 Bukit Selambau supaya keluar mengundi awal hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ceramah grand Finale di Sungai Lalang, Sungai petani malam tadi.

Anwar mengingat rakyat khususnya penduduk Bukit Selambau supaya tidak termakan dengan segala dakyah dan penipuan yang dimainkan oleh media arus perdana yang saban hari menyerang beliau.

N25 Bukit Selambau : Sebuah bas di syaki pengundi hantu di tahan di Kuala Sin

SUARA KEADILAN


SUNGAI PETANI : Sebuah bas bernombor pendaftaran KBY 2359 yang dipercayai pengundi hantu telah dikesan oleh Skuad Angkatan Muda KeADILan (AMK) di Kuala Sin awal pagi ini.

Bas yang membawa hampir 40 penumpang berkenaan di tahan semasa sedng memasuki kawasan perkampungan yang boleh dikatakan agak pendalaman untuk mencari penginapan.

“Adalah suatu perkara yang tidak masuk akal untuk pemandu bas ini memasuki kawan kampung pada waktu tersebut untuk mencari tempat penginapan,” kata Ketua AMK Syamsul Iskandar Mohd Akin kepada Suara Keadilan.

“Walau bagaimanpun, bas berkenaan telah diiringi keluar dari Bukit Selambau secara aman,” jelas Syamsul.

Sementara itu, Skuad AMK yang di gelar ‘ghostbuster’ telah bersiap-siaga untuk memastikan pengundi-pengundi hantu dikenal-pasti agar tidak dapat memasuki Bukit Selambau.

Terdapat laporan di mana, sebuah rumah yang hanya diduduki oleh dua orang penduduk tetap dan menerima bantuan kewangan daripada agensi kerajaan, didapati menyenaraikan 38 lagi nama lain di dalam daftar pengundi terbaru yang digunakan oleh SPR.

Ini bukanlah kes terpencil, kerana selain daripada membawa masuk pengundi hantu, terdapat juga mereka yang telah disahkan meninggal dunia, masih berada di dalam senarai SPR yang terkini.

Adalah tidak masuk akal, seorang pengundi dengan tahun kelahiran ‘97 dibenarkan mengundi, kerana jika tahun tersebut adalah 1997, maka pengundi ini baru sahaja mencecah 12 tahun.

Melainkan pengundi tersebut lahir pada tahun 1897, yang bermakna, umurnya sudah mencapai 113 tahun, dan melepasi tahap umur minima untuk mengundi, barulah namanya boleh didaftarkan oleh SPR.

Kes-kes seperti ini telah di kesan oleh petugas PR semasa memeriksa senarai terbaru pengundi berdaftar dengan SPR.

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU

MSTAR ONLINE


10.25 PAGI : Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

Beliau yang melawat pusat mengundi di SRJK (T) Ladang Perbadanan Kedah di sini berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian setakat ini.

10 PAGI : Jalan ke beberapa pusat mengundi di sekitar Sg Petani seak berikutan para pengundi yang keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Di beberapa pusat pengundian di sini, hanya perayu undi bagi parti BN dan PKR yang kelihatan.

Sementara perayu undi bagi calon Bebas tidak kelihatan.

9.35 PAGI : Calon Bebas, T. Chandrarajan bersama-sama isterinya, M.Sugunadewi membuang undi di SM Teknik Sg Petani.

8.30 PAGI : calon PKR, S. Manikumar membuang undi di SMK Aman Jaya. Dia hadir bersama kira-kira 15 penyokongnya.

8.20 PAGI : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan dan Datin R. Vatsala membuang undi di SRJK (T) Ladang Perbadanan.

Beliau turut diiringi dengan beberapa penyokong ketika menuju ke tempat membuang undi pagi tadi.

8.00 PAGI : Proses pembuangan undi bermula. Sebanyak 64 saluran di 22 pusat mengundi dibuka serentak dan akan ditutup pada pukul 5 petang.

Hanya 3 calon daripada 15 calon bertanding merupakan pengundi berdaftar di DUN Bukit Selambau iaitu Datuk S.Ganesan (BN), S. Manikumar (PKR), dan T. Chandrarajan (Bebas).

Ganesan akan mengundi pada pukul 8 pagi di SRJK (T) Ladang Perbadanan. Sementara Manikumar akan membuang undi pada pukul 8:30 pagi di SMK Aman Jaya dan Chandrarajan dijangka mengundi pada pukul 9 pagi di SM Teknik Sg Petani.

Malam Terakhir 6 Petugas Di Tahan FRU

MALAYA DAILY
[ Update Jam 2.15 pagi ]


Sebentar tadi 6 petugas di tahan kerana enggan menurut arahan pihak berkuasa untuk bersurai dari mendengar ceramah anjuran Parti KeADILan Rakyat di Bilik Gerakan Utama Bahagian Merbok di Bilik Gerakan Utama Taman Tengku Aminah Bukit Selambau.

Mereka di katakan di tahan pada jam kira kira 11 malam sebentar tadi selepas pihak polis bertindak untuk meleraikan himpunan seramai 300 orang untuk mendengar ceramah di Bilikl Gerakan berkenaan.

Kesemua mereka adalah terdiri daripada petugas petugas yang datang dari Parlimen Ampang. Mereka yang menaiki trak black maria di fahamkan di bawa ke Balai Polis Tengku Aminah untuk siasatan lanjut.

Hingga kini kira kira jam 2 pagi mangsa masih belum di lepaskan dan kelihatan Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida kamaruddin masuk ke perkarangan balai berkenaan untuk berunding dan mohon penjelasan dari pihak berkenaan.

Sehingga kini pihak malayadaily di maklumkan bahawa tangkapan tersebut di buat berikutan kekecohan sama yang timbul sepert semalam apabila pihak MIC menimbulkan provokasi dan kerana penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun seramai 300 orang pihak polis menagarahkan agar mereka bersurai secara aman.

Walaubagaimanapun situasi menjadi tegang apabila penyokong yang hadir nekad untuk tidak berganjak serta bersurai dan mahu ceramah di teruskan kerana kejadian sama juga berulang semalam malah ceramah berkenaan juga mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Sebelum ini Kelihatan juga beberapa trak FRU dan water canon di tepi tepi jalan berkenaan kira kira jam 6 petang namun tidak ada yang menyangka pekara sebegini akan berlaku.

Penyokong MIC bertindak liar, 2 petugas KeADILan pula ditangkap

Mohd Sabri Said


BUKIT SELAMBAU - Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) ditangkap dalam insiden yang berlaku di hadapan Bilik Gerakan Utama parti berkenaan di Taman Ria Jaya menjelang jam 12 malam tadi iaitu saat akhir kempen Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyembur air untuk menyuraikan persengketaan yang dimulakan oleh penyokong Parti MIC yang berkelakuan liar dengan mengejek jentera Pakatan Rakyat yang sedang berkumpul mendengar ceramah oleh beberapa pemimpin tertinggi parti.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila beberapa orang pemuda MIC dikatakan menerkam ke arah pejabat KeADILan kerana tidak puas hati terhadap tindakan balas jentera Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan raya Pusat, Dr. Mansor Othman berkata, penangkapan itu dibuat dengan alasan mereka menghadiri ceramah tanpa permit dan cuba bertindak kasar terhadap penyokong parti lawan.

"FRU tidak patut bertindak demikian semata-mata untuk menyuraikan keadaan kerana ada cara lain yang lebih baik. Namun apa pun mungkin kejadian tersebut merupakan aset untuk menimbulkan kemarahan rakyat pada Barisan Nasional (BN), " katanya.

Beberapa malam lepas kejadian seumpama itu juga berlaku tetapi dapat di tenangkan.

Selain di Bilik Gerakan Utama KeADILan di situ satu lagi tempat yang sering panas ialah di Taman Bandar Baru. - mks._

Isnin, 6 April 2009

AMK lancar jentera tangkap pengundi hantu

Mohd Sabri Said


BUKIT SELAMBAU - Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) membenarkan semua jentera parti dan orang awam menangkap mana-mana individu yang disyaki pengundi hantu di hari pembuangan undi N25 Bukit Selambau esok.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya memberitahu, memang dibolehkan mengikut undang-undang orang awam menahan mana-mana penjenayah untuk di bawa kepada polis.

"Hari ini saya lancarkan jentera penangkap pengundi hantu dan mulai besok semua ada hak untuk melaksanakan tugasan itu dengan baik. Bila saja syak bukan orang tempatan yang buang undi sila tangkap dan serah pada pasukan polis. Jangan pukul pula.. itu dah jadi kes lain, " terangnya diiringan laungan reformasi dari petugas yang hadir.

Menurut beliau, terdapat dua punca utama kejayaan Pakatan Rakyat di dua pilihanraya kecil sebelum ini samada di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu iaitu menghalang kemunculan pengundi hantu.

Dari segi undang-undang ujarnya, jentera yang dipertanggungjawabkan serta orang ramai boleh bertindak menahan mana-mana individu yang disyaki bukan orang tempatan dan serahkan kepada pasukan polis.

"Jangan apa-apakan individu terbabit seperti memukul separuh maut tegas Shamsul, sebaliknya tahan dan bawa kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Saya juga ingatkan kepada jentera dan orang awam agar tahan sahaja bukan pukul atau mencederakan individu yang disyaki, " jelasnya.

Tambahnya,jangan teragak-agak melaksanakan tugas itu dengan alasan bimbang atau takut tetapi hendaklah berjiwa kental kerana memang dibolehkan mengikut undang-undang menangkap penjenayah pilihan raya.

"Ini kerana pilihan raya kecil Bukit Selambau merupakan pilihan raya yang menentukan jatuh bangun Kerajaan Kedah selepas ini.

"Sebab itu bukan masanya, kita berpeluk tubuh melihat kemungkaran terjadi di hadapan mata tanpa bertindak sesuatu yang boleh menghalang fenomena berulang kali.

"Walaupun ada orang kata Pakatan Rakyat akan kalah apabila terdapat banyak calon bebas menyertai pilihan raya kecil itu namun itu hanya kata-kata. Kita angap ia sebagai satu cabaran untuk selamatkan Kerajaan Kedah dan maruh rakyat negeri ini, " katanya lantang.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu ialah timbalan AMK, Faris Musa dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. - mks. _

Bukit Selambau: SPR jangka 80% Keluar mengundi

SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR - KIRA-KIRA 80 Peratus dijangka akan memilih wakil rakyat mereka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau esok, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan esok

Dalam laporan media, Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar berkata peratusan keluar mengundi dijangka lebih tinggi memandangkan jumlah calon yang bertanding pada kali ini lebi ramai.

Pada pilihanraya ke 12, Mac 2008 hanya kira-kira 73.7 peratus keluar mengundi, dan dijangka jumlahnya akan meningkat kerana keadaan politik masa kini.

Bagi kerusi Dun Bukit Selambau, kira-kira 35,125 pengundi dan 15 pemilih pos yang berdaftar layak mengundi.

Bukit Selambau: Peluang KeADILan lebih cerah, BN hadapi laluan getir

SUARA KEADILAN


Menjelang hari pengundian pada pilihanraya kecil Dun N.25 Bukit Selambau bakal menyaksikan BN berhadapan dengan laluan getir untuk memenangi pilihanraya kecil berkenaan.

Meskipun Kempen pilihanraya kelihatan agak perlahan pada awalnya, namun program-program ceramah yang dijalankan pada 10 hari terakhir oleh Pakatan Rakyat terus mendapat sambutan yang begitu baik di kalangan masyarakat di sini.

Kenyataan ini dapat dilihat melalui sokongan padu rakyat pelbagai kaum dalam pelbagai kempen dan program yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

Pelbagai isu di bawa oleh Pakatan Rakyat samada isu di peringkat tempatan dan Nasional, berjaya menarik perhatian pengundi dan sokongan padu kepada parti itu.

Isu pembangunan, kemudahan asas dan pemilikan tanah menjadi senjata ampuh buat Pakatan rakyat untuk mengekang sokongan terhadap Barisan Nasional yang telah berkuasa selama 50 tahun di kawasan Bukit Selambau.

Pilihanraya kecil ini, turut mencatat sejarah yang tersendiri apabila seramai 13 calon bebas bersaing untuk dipilih sebagai wakil rakyat.

Namun ramai pemerhati berpendapat calon-calon bebas tersebut tidak langsung memberikan saingan kecuali menempah tiket untuk kekalahan dan kehilangan wang deposit.

Sementara di peringkat nasional, isu peralihan kuasa Perdana Menteri, Najib Razak dan kaitannya dalam kes pembunuhan model Altantuya Shaariibu terus menghantui BN.

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa beberapa hari dan berulang alik dari Batang Ai, Sarawak dan Parlimen Bukit Gantang, sering mengulangi pendirian dan agenda KeADILan yang merentasi politik perkauman.

Beliau mengulangi tentang pendirian dan dasar politik baru yang di bawa oleh KeADILan adalah berbeza dengan amalan politik lama Umno dan BN yang dipenuhi rasuah dan pelbagai kepincangan.

Dalam ucapan-ucapannya, Anwar tidak jemu menyebut tentang agenda pemerkasaan rakyat, kebebasan pelbagai institusi kerajaan, kebebasan media, penghapusan rasuah, kedaulatan bahasa dan pelbagai isu menyentuh hubungan kaum, ekonomi dan sosial masyarakat.

Beliau memiliki jadual yang sangat padat bertemu dengan rakyat termasuk wakil-wakil NGO dan pemimpin setempat sepanjang berada di sini.

Namun sosok tubuh pemimpin berjiwa rakyat ini sangat kental dan tidak mengenal penat. Pada hari pertama hingga terakhir menjelang hari pengundian esok, Anwar memiliki jadual yang sarat dari pagi hingga ke tengah malam.

Kemuncak program Anwar di sini ialah Ceramah Grand Finale pada malam ini yang bakal menyaksikan ribuan rakyat turun untuk mendengar amanat beliau di Sungai lalang.

Sementara itu, Kemasukan bekas Naib Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) ke dalam KeADILan dua hari lalu memberi temparan hebat kepada BN apabila berjaya membawa 1,500 ahli nya dari Dun berkenaan ke dalam keADILan, manakala 11 cawangan parti itu di kawasan ini terpaksa dibubarkan.

Beberapa hari sebelum hari pengundian, ketua Hindraf Kedah, R Ramu menyatakan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat, S.Manikumar pada satu program ceramah di Sungai Lalang.

Perkara ini memberi kejutan buat Barisan Nasional khususnya MIC yang cuba mengelirukan penduduk di kawasan ini dengan menyatakan Pakatan Rakyat telah kehilangan sokongan majoriti masyarakat India.

Manakala bagi BN, program dan kempen yang dijalankan hanya menggunakan serangan peribadi untuk memburuk-burukkan imej calon dan Pakatan Rakyat.

Pada masa yang sama, program ceramah yang dijalankan oleh BN kelihatan hambar dan tidak mendapat sokongan.

Ini dapat diperhatikan di bilik-bilik gerakan mereka yang lebih ramai petugas-petugas dari luar kawasan, berbanding para penyokong parti itu sendiri.

Selain itu, kempen pilihanraya di Dun Bukit Selambau turut dicemari dengan politik wang dan pengundi hantu yang didalangi parti pemerintah.

Angkatan Muda keADILan, melalui sistem menang pilihanraya (Sismep) yang dijalankan keADIlan mendapati sebanyak 3,029 pengundi hantu didaftarkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Badan Pemantau bebas Pilihanraya (Mafrel) turut mengesan sejumlah besar pengundi hantu yang telah mati, dihidupkan semula dalam daftar pemilih SPR.

Hari ini merupakan hari terakhir pengundi di kawasan ini menentukan siapakah calon yang bakal di pilih oleh mereka, menjelang tamat masa berkempen tengah malam nanti.

Ceramah gabung tiga calon Bebas tidak dapat sambutan

Bernama


SUNGAI PETANI: Dengan tempoh masa berkempen tinggal sehari, tiga calon bebas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau kini sepakat untuk berceramah dan berkempen secara serentak di atas pentas yang sama.

Tiga daripada 13 calon bebas; A Jayagopal (lambang payung), Abdul Rahim Abu (jam) dan Radzi Mat Lazim (kerusi); berkongsi pentas untuk menyampaikan ceramah kempen mereka kepada orang ramai di Sungai Lalang, malam tadi.

Bagaimanapun ceramah itu hanya dihadiri oleh kira-kira 20 orang sahaja dan ia lebih tertumpu kepada kritikan terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga mereka yang juga bekas ahli parti itu banyak memperkatakan tentang sikap rakus Anwar yang menguasai PKR tanpa mendengar suara ahli di peringkat akar umbi.

Antaranya, mereka mendakwa Anwar menjadikan PKR seperti parti miliknya sendiri, dan dia memilih calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya mengikut sesuka hati. -

Ahad, 5 April 2009

Pelantikan Najib, bukti Umno pinggirkan rakan komponen BN

Izwan Abdul Halim


SUNGAI LALANG - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyifatkan tindakan keluar parti oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Dato' V.Nadarajan bersama 6,000 ahli parti itu di Kedah dan menyertai KeADILan sebagai arus yang tidak boleh dielakkan.

Menurutnya, telah wujud kontra yang besar sejak sekian lama di mana Barisan Nasional (BN) tidak tidak dapat memberi layanan sama rata dan positif kepada sesama teman-teman komponen mereka.

Perkara tersebut juga katanya tidak dapat diselesaikan dengan pelantikan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Malah ujar Tian Chua, pelantikan Najib melanggar semangat di dalam BN sehingga rakan-rakan komponen mereka semakin ramai meninggalkan BN.

"Sebagai contoh Najib telah disahkan sebagai Presiden Umno pada persidangan Umno baru-baru ini. Umno bukan parti yang tunggal memerintah di negara ini, mereka berkongsi kuasa dengan 13 parti.

"Sepatutnya sebelum Najib dikemukakan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi pelantikannya, Majlis Tertinggi BN sepatutnya bersidang untuk 'confirm' cadangan dari Umno melantik Najib sebagai PM," ujarnya pada sidang media di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Jelasnya, perkara tersebut dilakukan pada pelantikan semua PM sebelum ini tetapi tidak dibuat semasa melantik Najib.

Katanya lagi, Umno juga tidak menguasai majoriti dalam Parlimen tetapi Umno bertindak seolah-olah telah mengenepikan rakan komponennya yang lain termasuk parti-parti kecil dalam komponen itu.

"Umno membuat satu anggapan atau asumsi bahawa Presiden Umno ini secara automatik menjadi Perdana Menteri. Sungguhpun secara tektikal begitu, tetapi sekurang-kurangnya dalam muafakat satu barisan, ianya harus dibincangkan.

"Ia kontra dengan Pakatan Rakyat di mana konsultasi dan perundingan merupakan satu proses yang sangat penting," ujarnya yang turut menyatakan bahawa BN sering melemparkan tohmahan kononnya Pakatan Rakyat tidak sepakat dan cuba melaga-lagakan antara PAS, KeADILan dan DAP.

Ujarnya juga, BN tidak memahami konsep perundingan secara ikhlas yang diamalkan Pakatan Rakyat dan menyifatkan perlantikan Najib sebagai kembali ke era Mahathirisme.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melahirkan rasa bangganya kerana Najib sebagai PM telah memilih untuk melawat kawasan Parlimen diwakilinya berbanding kawasan parlimen lain yang turut diwakili KeADILan.

Bagaimanapun beliau mengingatkan Najib agar tidak menggunakan lawatan itu sebagai gimik politik sebaliknya melaksanakanlah janji dan memastikan golongan miskin bandar terutamanya sekitar Kerinchi turut diperjuangkan BN walaupun Parlimen Lembah Pantai diwakili oleh KeADILan.

Katanya juga, Najib belum dapat memastikan perubahan benar-benar berlaku di bawah pemerintahannya. - mks. _

Tamparan pada BN, Naib Presiden PPP sertai KeADILan

Izwan Abdul Halim


SUNGAI LALANG - Barisan Nasional (BN) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan 7 April ini apabila Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Dato' V.Nadarajan keluar daripada parti itu dan menyertai KeADILan.

Bersama penyertaan beliau itu ialah 6,000 ahli PPP di Kedah sekaligus membubarkan enam daripada 11 bahagian parti itu di Kedah iaitu Bahagian Alor Setar, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok. Daripada jumlah itu, seramai 1,500 ahlinya adalah dari Dun Bukit Selambau.

Turut mengisytiharkan menyertai KeADILan ialah ahli-ahli Umno dalam Dun Bukit Selambau dari Cawangan Kampung Jerai yang diketuai oleh Ketua Cawangan tersebut, Marzuki Md Akib dan masyarakat Siam dari Bukit Selambau diketuai Nao Bai Seong.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Cina Hock Seng, di sini malam tadi dan borang keahlian telah diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hampir 10,000 hadir memenuhi dewan dan pekarangan tempat tersebut malam tadi. - mks. _

Guna taktik kotor di Bukit Selambau, KeADILan kesal

Bashir Ishak & Izwan Abdul Halim


SUNGAI LALANG - Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) mengutuk usaha pihak-pihak tertentu yang cuba meburuk-burukkan calon mereka, S.Manikumar dalam kempen pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau.

Dalam sidang media parti itu di Bangunan Yayasan Aman di sini semalam, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua mendedahkan penyebaran risalah tentang Manikumar yang ditemui di sekitar kedai-kedai diTaman Ria, Sungai Petani.

"KeADILan mengutuk keras kerja-kerja kotor ini yang dibuat oleh pihak-pihak yang tertentu tanpa menggunakan sebarang logo dan penerbit. Ini adalah satu pembohongan yang berniat untuk memburukkan imej calon kita dan menyebarkan fitnah.

"Mereka yang keluarkan risalah dengan tidak berani meletakkan simbol mana-mana pihak bukan sahaja melanggar undang-undang pilihanraya tapi ini juga satu taktik yang biasa digunakan semasa pilihanraya,"kata beliau.

Risalah yang dijumpai itu mempunyai gambar Manikumar dengan tajuk "Siapa Moneykumar" dan mendakwa beliau masih mentah, tiada pengalaman dan hanya mahuan duit.

Begitu juga, risalah tersebut mendakwa Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menolak calon Hindraf dan mereka adalah golongan "low class".

"Ini adalah satu fitnah yang cukup-cukup jahat. KeADILan dan Pakatan Rakyat sejak awal lagi menghormati pendirian dan perjuangan Hindraf. Mereka sebagai satu Badan Bukan Kerajaan yang cuba memperjuangkan nasib kaum India.

"Itu adalah satu perjuangan yang kita dokong, tapi kita tidak pernah memilih dan Hindraf juga tidak pernah mengemukakan calon secara rasmi. Kita juga berbincang dengan banyak pihak dan keputusan memilih calon itu adalah keputusan parti,"jelasnya.

Hadir sama dalam sidang media tersebut Pengarah Strategi KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail dan Manikumar sendiri. - mks. _

Keputusan pilihan raya Bukit Selambau diketahui lewat malam

BERNAMA


SUNGAI PETANI: Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada Selasa ini dijangka diketahui lewat malam berikutan proses pengiraan undi mengambil masa yang lama kerana ramai calon bertanding.

Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Kedah, Zainal Abidin Zakaria, berkata SPR terpaksa mengira jumlah undi setiap 15 calon yang bertanding selepas penutupan pusat pengundian.

"Jika sebelum ini keputusan boleh diketahui sekitar jam 9 malam tapi kali ini kita jangka ia mungkin diketahui selepas jam 10 malam kerana tempoh masa pengiraan lebih panjang," katanya ketika ditemui di pejabat SPR di sini, hari ini.

Beliau juga menasihati pengundi supaya berhati-hati ketika memilih calon pada hari pengundian kerana saiz kertas yang besar selain ramai calon bertanding.

Katanya, sebanyak 65 kertas undi pos kepada 65 pemilih berdaftar sudah diedarkan mulai hari ini dan mereka boleh memulangkan undi pos itu sebelum jam 5 petang Selasa ini.

Zainal Abidin berkata, sebanyak 50 daripada kertas undi itu diberikan kepada petugas SPR manakala sebanyak 10 kertas undi untuk anggota polis dan lima pengundi yang bekerja di luar negara.

"Kita sudah agihkan kertas undi pos bermula hari ini dan mereka boleh mengundi pada bila-bila masa sehingga jam 5 petang Selasa ini dan undi selepas tempoh itu tidak akan dikira," katanya.

Beliau sekali lagi mengingatkan parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil itu supaya tidak menaikkan bendera parti mereka kerana ia melanggar peraturan SPR.

Katanya, SPR mendapati ada parti politik yang tidak membayar wang deposit kerana tidak bertanding tetapi menaikkan bendera mereka dalam masa kempen enam hari ini.

"Kita minta pihak terbabit menghentikan perkara sedemikian dan jika kita dapati mereka masih menaikkan bendera, pihak berkuasa boleh bertindak menurunkannya," katanya.

Sabtu, 4 April 2009

Isu tanah: Penduduk kesal dipermainkan BN selama 50 tahun

Mohd Sabri Said


BUKIT SELAMBAU - Penduduk Pekan Bukit Selambau berterima kasih pada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana sudi menyelesaikan masalah hak milik tanah yang selama ini menjadi mainan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.

Rata-rata yang ditemui tersenyum lebar dan lega kerana apa yang diinginkan sejak puluhan tahun kini akan menjadi kenyataan.

Menurut mereka, setiap kali menjelang pilihan raya umum terdapat beberapa orang petugas datang mengukur keluasan tanah kononnya akan dijadikan tanah berstatus TOL dan kekal berbanding selama ini dibiarkan tanpa sebarang jawapan walhal sudah beberapa kali penduduk terbabit mengisi borang permohonan.

Seorang penduduk,Lim Boh Leong,70, berkata, kini baru terasa hidup terbela kerana kesudian Kerajaan Kedah melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.

"Dulu Kerajaan BN asyik mempermainkan penduduk ketika sampai tarikh pilihan raya umum. Ada-ada saja orang akan ukur dan bila selesai kempen pilihan raya mereka pun hilang, " jelasnya lagi.

Sementara itu, rakannya yang mahu dikenali sebagai Lim, 73, juga kecewa dengan Kerajaan BN kerana sanggup mempergunakan 'talian hayat' memberikan hak milik tanah sekiranya BN mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau setiap kali pilihan raya umum.

Jelasnya, tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak begitu mengembirakan penduduk yang sudah ternanti peristiwa bersejarah itu.

"Kami rasa bangga dengan mutu pertadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding BN yang asyik menipu rakyat, " tambah beliau.

Sehubungan itu, Exco Pertanian, Pelaburan dan Industri Negeri, Dato' Amirudin Hamzah ketika menerangkan isu berkenaan pada penduduk berbangsa Cina di Pekan Bukit Selambau menambah, kerajaan cuba memproses hak milik tanah yang selama ini diabaikan oleh kerajaan terdahulu.

Namun bagaimana pun, Kerajaan Pakatan Rakyat hanya memberikan Hak Milik secara pajakan sama ada 99 atau 60 tahun tertakluk kepada status bandar atau luar bandar.

"Bila saya dapat tahu tanah di pekan ini masih tiada hak milik saya terus berbincang dengan Menteri Besar. Keputusannya Menteri Besar mengatakan soal tanah mesti diutamakan dan akan diberikan hak milik berdasarkan kategori tertentu secara pajakan 99 atau 60 tahun tertakluk pada status terkini tanah pekan atau luar bandar, " katanya. - mks. _

Polis kesan 8 lokasi panas di Bukit Selambau

Abdul Rahim Sabri


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata terdapat lapan "lokasi panas" dalam DUN Bukit Selambau yang berpotensi digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak di luar batasan undang-undang.

"Terdapat lapan lokasi tumpuan yang dikesan (panas). Dan saya mengarahkan pegawai-pegawai saya ke lokasi berkenaan," katanya.

"Iyalah, ia lokasi (tersebut) boleh menimbulkan masalah oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan mereka perlu ada di sana untuk menentukan kemenangan mereka.

musa hassan bukit selambau 040409"Mereka (akan) bertindak di luar batasan undang-undang," katanya menjawab soalan pemberita di Bukit Selambau hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelapan-lapan lokasi tersebut.

Katanya, ia berdasarkan kepada maklum balas dalam maklumat yang diterima oleh polis.

Dalam sidang media yang sama juga, Musa berkata, pihaknya juga menerima 14 laporan polis yang melibatkan kes-kes yang tidak serius seperti pergaduhan kecil dan pelanggaran syarat permit ceramah.

Bagaimanapun tiada tangkapan yang dibuat setakat ini, tambahnya.

"Sepanjang hari penamaan calon (hingga sekarang), tidak ada kes-kes serius yang berlaku dan diharap ia dapat dikekalkan kerana saya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh merosakkan proses demokrasi," katanya.

Menurut Musa, pihaknya turut menerima maklumat terdapat pihak tertentu cuba mendatangkan masalah semasa pilihanraya berlangsung, antaranya menghalang pengundi keluar mengundi pada hari pengundian.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran agar tindakan tersebut tidak diteruskan dan tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Seramai 3,000 anggota polis ditugaskan bertugas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau yang melibatkan 22 pusat mengundi dan 64 saluran,