Selasa, 7 April 2009

Situasi terkini di Bukit Selambau

Bashir Ishak, Izwan & Sabri


BUKIT SELAMBAU - Pusat pengundian telah ditutup. Ketika ini proses pengiraan undi sedang dilaksanakan. Keputusan awal bakal diketahui sekitar jam 8 malam.

5.00 petang: Pusat pengundian telah ditutup dan proses kiraan akan bermula jam 5.30 nanti.

4.45 petang: Sehingga kini sekitar 60 peratus telah turun mengundi. Hujan telah mula turun.Keadaan kesesakan lalu lintas masih berlaku.

4.23 petang: Menurut Malfrel suasana tegang berlaku di SJK Chung Hua apabila Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan dan Karpal Singh tiba untuk melihat kawasan tersebut.

Beberapa penyokong MIC kelihatan begitu marah dan membaling botol minuman ke arah kereta yang lalul di situ termasuk kenderaan orang awam.

4.00 petang: Cuaca mula mendung kelihatan. Mengikut ramalan kaji cuaca, keadaan cuaca sebelah petang adalah mendung dan hujan dijangka turun.

3.30 petang: Sehingga jam 3.30 petang tadi calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar telah melawat pusat pengundian ke-19 daripada 22 kesemuanya di Dun Bukit Selambau.

Masih ada 3 pusat lagi yang belum dilawatinya iaitu Sekolah Dataran Muda, Lubuh Kawah,SK Tamil Kg Rusa dan SK Tamil Sungkup Para.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar membuang undi.

Tiada ulasan: