Rabu, 5 Januari 2022

Sungai Bernam melepasi paras bahaya

SHAH ALAM: Sungai Bernam di Rimba KDR dalam daerah Sabak Bernam melepasi paras bahaya setakat jam 12.20 tengah hari ini.

Maklumat terkini di laman sesawang InfoBanjir, bacaan itu melepasi paras normal pada 5.1 meter (m) berbanding 2.3m bacaan normal.

Sementara itu, Sungai Langat di Bukit Changgang dalam daerah Kuala Langat melepasi paras amaran (jingga) apabila mencatatkan bacaan 3.83m berbanding normal 3.80m.

Sungai Langat di JPS Sungai Manggis dalam daerah Kuala Langat melepasi paras berjaga-jaga (kuning) dengan bacaan 2.38m berbanding bacaan normal 2.2m.

Sungai lain di Selangor setakat ini berada dalam paras normal di mana sebahagiannya menunjukkan trend penurunan.

Dalam pada itu, orang ramai terus diingatkan mengelakkan ke kawasan berisiko atau dinaiki air.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my untuk melihat perkembangan terkini dari semasa ke semasa paras air di seluruh negara.

Tiada ulasan: