Belanja RM150 juta yang bakal digunakan untuk menampung kos mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan satu pembaziran, kata seorang ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi.
Malah, Puad tidak melihat RM150 juta yang akan digunakan untuk mengadakan PRN semata-mata demi memenuhi nafsu politik dan tamak kuasa itu bukanlah satu nilai yang tinggi, lebih penting adalah sebuah kerajaan UMNO baharu yang lebih kuat dapat dibentuk.
“Soal pembaziran RM150 juta kerana PRN, pada saya lebih tinggi pembaziran apabila kita membiarkan kerajaan tidak stabil ini terus berjalan” katanya dipetik dalam wawancara di Facebook Dialetika TV Anekdot.
Puad tidak bersetuju dengan hujah Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat yang mempersoal kewajaran PRN diadakan dan mendakwa anggaran kos sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai PRN Johor hanya mendatangkan kerugian.
“Sebenarnya pilihan raya ini jangkaan adalah untuk RM150 juta, kita dah rugi RM150 juta, kenapa PRN? Masa ini patut digunakan untuk membela rakyat, buka buat pilihan raya” kata Suhaizan.
Namun, Puad berkata, soal keperluan PRN tidak wajar dibangkitkan lagi kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sudah dibubarkan dan pengundi perlu diberi hak untuk memilih mandat baharu.
“Dewan negeri telah dibubarkan, jadi persoalan ini (keperluan adakan pilihan raya) tidak lagi relevan,” katanya.
Pada 22 Jan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani notis untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mengadap Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, membuka jalan kepada pilihan raya diadakan sebelum 23 Mac.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan