Isnin, 10 Ogos 2020

Kluster Sivagangga: Kerajaan kuat kuasa Temco di 2 kampung di Perlis

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan 
Temco di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Perlis 
melibatkan 191 buah rumah dan 872 penduduk. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan diperketat bersasar secara pentadbiran (Temco) di 2 kampung di Perlis bermula hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil selepas penularan kes jangkitan Covid-19 daripada kluster Sivagangga.

“Mengambil kira kes aktif yang berpunca daripada kluster Sivagangga di Sanglang, Perlis, kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD bersasar secara pentadbiran (Temco) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

“PKPD secara bersasar di kawasan tersebut bermula dari 10 Ogos sehingga 31 Ogos 2020 dan melibatkan 191 buah rumah dengan 872 penduduk.

“Pelaksanaan Temco akan mengguna pakai SOP sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan beberapa ‘cut off’ jalan raya,” katanya.

Tiada ulasan: