Jumaat, 28 Ogos 2020

PM sampaikan amanat khas PKPP 8 malam ini

azrulhakimie

 

Pada 7 Jun lepas PKPP diumum bagi ganti PKP bendung COVID-19

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini.

Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Tiada ulasan: