Rabu, 26 Ogos 2020

Sekolah vernakular perlu dimansuhkan secara berperingkat – ARMADA

Wartawan MalaysiaGazette
MGF170820_SIDANG-MEDIA-ARMADA-MALAYSIA-13-681x454
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti Bersatu, 
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ARMADA kekal dengan pendirian sekolah vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat.

Ketua ARMADA Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perlu ada usaha untuk memastikan hal itu menjadi keutamaan agenda nasional bukannya digunakan sebagai bahan politik tidak kira di blok kerajaan mahupun pembangkang untuk sekadar meraih undi.

“Penjelasan di Parlimen semalam juga kelihatan menerawang apabila menyatakan bahawa ‘perpaduan perlu dimulakan daripada asas sejak sekolah rendah, menengah, sehingga universiti termasuk kepentingan penghayatan aspek rukun negara’.

“Teras sosialisasi antara utamanya ialah melalui pendidikan, maka secara jelas anak-anak Malaysia tidak wajar dipisah-pisah melainkan berada di bawah satu bumbung.

“ARMADA tidak menolak rencam masyarakat malah meraikan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia kerana inilah keunikan dan kekuatan kita. Namun berbeza-beza biarlah satu!

“Maka, di samping mendokong untuk mengasaskan Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Tamil sebagai subjek utama di sekolah kebangsaan di Malaysia, pun begitu perlu jelas bahawa bahasa Melayu adalah tali pengikat perpaduan selaras perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, katanya, pada sesi perbahasan di Parlimen, Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah membuat suatu kenyataan yang pada pendapat ARMADA tidak mencerminkan citra nasional bagi menjayakan integrasi kaum di negara ini.

“ARMADA secara tuntas menolak kenyataan bahawa sekolah vernakular tidak akan ditutup.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: