KLUANG - Seorang warga emas yang sedang mengambil angin malam maut selepas terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya di Taman Desa, Jalan Ong Kai Tok di sini malam tadi.
Patimah Osman, 73, yang berkerusi roda dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir satu meter kira-kira jam jam 9.43 malam.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sidek berkata, warga emas berkenaan yang berada di luar rumah meminta air daripada seorang ahli keluarganya kerana kehausan manakala suaminya mempunyai urusan di luar.
"Semasa ahli keluarganya sedang mengambil air, warga emas itu dipercayai terjatuh ke dalam longkang.
"Seramai 12 anggota dengan satu jentera Fire Rescue Team (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) bergegas ke tempat kejadian.
"Mangsa yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada polis dan operasi mengeluarkan mayat tamat jam 10.37 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan