KUALA LUMPUR: Semua penguatkuasa Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) diberi lesen penuh untuk mengambil tindakan
terhadap golongan transgender.
Bagaimanapun, menurut Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, golongan
transgender yang ditahan perlu ditarbiah agar mereka kembali ke pangkal
jalan.
“Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata, tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.
“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya menerusi Facebook hari ini.
Jelasnya, lesen yang diberikan adalah untuk melaksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan.
Pun begitu, katanya tindakan yang diambil mestilah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.- HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan