KOTA KINABALU: Kementerian
Kewangan akan meneliti setiap cadangan dikemukakan rakyat dan golongan
berkepentingan bagi merangka Belanjawan 2021 yang dijadualkan
dibentangkan pada Oktober depan, seterusnya pembentangan Rancangan
Malaysia Ke-12 (RMK-12) pada tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik untuk negara dengan merangka instrumen terbaik dan pada masa sama memerhati kejayaan dan kegagalan negara lain sebagai panduan.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kerajaan akan cuba melakukan yang terbaik untuk negara dengan merangka instrumen terbaik dan pada masa sama memerhati kejayaan dan kegagalan negara lain sebagai panduan.
"Walaupun pada suku pertama tahun 2020 ini Malaysia mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 0.7 peratus tetapi pada suku kedua dan seterusnya akan memberi gambaran sebenar kemerosotan ekonomi global dan kesannya kepada negara.
Abdul Rahim berkata sektor peruncitan kelihatan semakin rancak khususnya sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) manakala sektor perkhidmatan pelancongan masih terjejas teruk terutama sektor perhotelan berskala besar yang akan memerlukan masa untuk pulih kerana ia juga bergantung kepada kemasukan pelancong antarabangsa ke Malaysia.
"Keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran, pekerja tempatan pula akan mendapat peluang pekerjaan semula menerusi inisiatif pemberian subsidi upah, "retraining, reskilling" dan menggalakkan aktiviti perniagaan e-dagang dan ekonomi gig," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan