Jumaat, 10 Julai 2020

Kakitangan Al Jazeera tinggalkan Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Kakitangan Al Jazeera dilihat meninggal Bukit Aman, selepas memberi keterangan kepada polis berhubung dokumentari kontroversi tentang pendatang asing.

Enam kakitangan media antarabangsa itu dilihat keluar dari Bukit Aman bersama peguam pada 3.05 petang tadi.

Media tidak berjaya mendapatkan komen daripada mereka yang terus menaiki kenderaan meninggalkan ibu pejabat polis itu.

Mereka yang difahamkan terdiri daripada wartawan, juruvideo, editor, dan penerbit tiba pada 8.50 pagi tadi bersama 7 orang peguam.

Menurut kenyataan polis semalam, Unit Siasatan Jenayah Terkelas memanggil “saksi-saksi daripada Al Jazeera” untuk memberi keterangan berhubung dokumentari “Locked Up In Malaysia’s Lockdown”.

Dokumentari di program 101 East yang disiarkan pada Jumaat itu menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah.

Tiada ulasan: