KUALA LUMPUR: Meskipun panggung
wayang kini dibenarkan kembali beroperasi namun tidak mustahil ia
ditutup sekiranya berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)
atau muncul kluster baru di lokasi tersebut.
Justeru, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan rakyat supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan ketika berhibur di pawagam.

"Jadi kita tidak mahu itu (penutupan operasi) berlaku di panggung wayang dan sebagainya.
“Jadi nasihat saya ialah, sambil di satu pihak, panggung wayang menyediakan satu SOP yang ketat dan kita sebagai penonton, harus juga mengikut, mengawal diri, mengikut SOP yang ketat itu.
“Kita tak mahu perkara tidak diingini berlaku,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di TGV Cinemas di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di sini pada Jumaat.
Beliau meninjau persediaan pengendali pawagam dalam memastikan mereka mematuhi setiap SOP digariskan kerajaan terutamanya berkaitan penjarakan sosial dan kebersihan.
Turut hadir ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid dan Pengerusi TGV Cinemas, Shaharul Rezza Hassan.
Dalam pada itu, Saifuddin turut menggalakkan rakyat Malaysia membantu pengendali pawagam dengan menonton filem disediakan kerana menurutnya, tiada gunanya kalau panggung wayang dibuka namun tiada penonton yang hadir.
Tambahnya, berdasarkan tinjauan dan laporan diterima, operator pawagam mengikuti syarat ditetapkan kerajaan dari aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan SOP.
“Yang paling penting sekarang adalah bukan hanya pengendali ikut SOP tapi penonton harus datang. Sebab itu kita datang pada malam ini, kita nak tunjukkan kepada penonton bahawa di satu pihak, ada yang sediakan filem untuk ditayangkan.
“Di satu pihak lain, pengendali pawagam yang bersedia untuk jaga keselamatan anda semua dengan pelbagai kaedah.
“Penjarakan sosial dijaga, tempat disanitasi, kebersihan dipelihara,” ujarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan