Gambar adalah sekadar hiasan
Seorang wanita berusia 50 tahun yang bertugas sebagai penolong pengarah Jabatan Imigresen Johor dit4han p0lis kelmarin, dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan pendatang aslng tanpa izln (PATl), sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai itu dit4han di pejabatnya tengah hari kelmarin oleh Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
“Pegawai kanan Jabatan Imigresen itu dit4han hasil slasatan ke atas tiga pegawai imigresen yang dit4han pada 24 Jun lalu berikutan bersek0ngkol dengan sindiket PATl.
“Ini adalah tangkapan pegawai kanan paling tinggi setakat ini yang terbabit dalam rangkaian sindiket PATl di Johor, sejak operasi besar-besaran mengekang aktiviti h4ram itu dilancarkan.
“Modus operandi yang digunakan pegawai kanan wanita terbabit adalah dengan menyediakan cop Jabatan Imigresen Malaysia yang dlsyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang tamat tempoh Pas Lawatan Sosial (PLS) dan dlsyaki aktif melakukan kesaIahan ini sejak sebelum PKP dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media di Ibu IPK Johor, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Jabatan Slasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad dan Timbalan Ketua Jabatan Slasatan Jenayah (Risikan & Operasi) Johor, Asisten Komisioner Hoo Chuan Huat.
Pada 24 Jun lalu, media melaporkan tiga pegawai Jabatan Imigresen dan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dit4han susulan operasi berterusan polis Johor terhadap kegiatan sindiket penyeIudupan imigran sejak Mac lalu.
Pegawai Jabatan Imigresen berusia antara 30 hingga 48 tahun itu bertugas di Terminal Feri Pasir Gudang, Johor, manakala anggota PPM berusia 41 tahun pula bertugas di Markas Operasi Pasukan Marin di Putrajaya.
Terdahulu pada 18 Jun, media melaporkan, polis Johor men4han 18 anggota penguat kuasa termasuk seorang pegawai kanan polis selain anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam sindlket j3nayah terancang penyeIudupan PATI di negeri ini yang dikesan aktif sejak 2017.
Kesemua suspek membabitkan pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini, seorang anggota pangkat rendah Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi, anggota pangkat rendah bertugas di Bukit Aman (dua) dan anggota pangkat rendah bertugas di IPD Kota Tinggi (sembilan).
Polis Johor turut menahan dua pegawai ATM dan tiga anggota ATM lain-lain pangkat yang kesemuanya dit4han di sekitar negeri ini susulan operasi khas antara 15 Jun hingga awal pagi 18 Jun lalu.
Semalam pula, Seramai 51 anggota Geng Otong dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, atas pertduhan menganggotai kumpulan jen4yah terancang kerana mendalangi sindlket penyeIudupan pendatang aslng, antara 2015 hingga tahun ini.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, pegawai kanan Jabatan Imigresen wanita itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Katanya, dia akan dislasat mengikut, Seksyen 26A Akta Anti Pem3rdagangan Orang dan Anti PenyeIudupan Migran (ATIPSOM 2007).
“Setakat ini, polis Johor sudah menahan seramai 23 penjawat awam serta anggota penguat kuasa termasuk membabitkan pegawai berikutan terbabit sindlket PATl di Pantai Timur Johor.
“Polis Johor akan terus memperhebatkan operasi mengesan sesiapa juga yang terbabit dalam sindiket PATl tanpa mengira apa jawatan mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan