Jumaat, 31 Januari 2020

Diskaun 18 peratus tol PLUS bermula tengah malam ini

Wartawan MalaysiaGazette
MGF08062019_TINJAUAN-ALIRAN-TRAFIK-MENGHALA-IBU-KOTA28
Kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 12 tengah malam ini.-pix hiasan.

KUALA LUMPUR – Kadar tol PLUS akan dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 12 tengah malam ini.

Seperti yang telah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 17 Januari lalu, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus tersebut diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi di Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan

Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

“Kadar tol untuk kenderaan komersial akan terus kekal pada kadar tol semasa tanpa peningkatan sehingga tamat tempoh konsesi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020, kadar tol untuk kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang juga akan disamakan dengan kadar tol baharu Jambatan Pertama Pulau Pinang selepas diskaun 18 peratus bermula 1 Februari 2020.

“Dengan penurunan kadar tol ini, kerajaan telah mengambil suatu langkah yang besar ke arah memenuhi janji untuk menghapuskan tol secara berperingkat dengan merunding semula perjanjian konsesi lebuh raya seperti dinyatakan Manifesto Pakatan Harapan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

Apa yang kamu bimbang sangat Najib periksa sendiri barangan sita?

Kasthuri Jeevendran
MGF310120_PERMOHONAN-MEMERIKSA-BARANG01
Peguam, Tan Sri Shafee Abdullah (kanan) yang mewakili Datuk Seri Najib Razak hadir pada pendengaran permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran memeriksa barang-barang yang didakwa dibeli menggunakan dana dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dirampas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,
 

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menyoal beberapa pasukan pendakwa berhubung bantahan mereka dengan permohonan Datuk Seri Najib Razak mahu memeriksa secara fizikal barangan sita yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu telah memohon perintah mahkamah untuk memeriksa sendiri barangan sitaan yang antaranya jam tangan, beg tangan serta wang tunai termasuk matawang asing dirampas di kediaman keluarganya.

Selain Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya Nooryana Najwa turut memfailkan permohonan pemeriksaan fizikal pada 19 Julai tahun lalu berhubung sitaan yang sama.

Masing-masing memohon untuk memeriksa barangan dirampas bagi membantu pasukan peguam menyediakan pembelaan terhadap saman pelucuthakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Barangan itu termasuk beg tangan bernilai RM3.9 juta jam tangan bernilai RM6.1 juta.

Mohamed Zaini mendengar terlebih dahulu hujah peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa kebanyakan barangan disita itu sebenarnya adalah hadiah dari pelbagai pihak termasuk negara asing seperti Arab Saudi.

“Antara yang kami mohon periksa adalah 260 beg tangan, 41 jam tangan yang sebenarnya ada kotak serta labelnya. Itu sebenarnya akan menyenangkan anak guam saya untuk periksa dan mengenalpasti barangan itu adalah hadiah atau sebaliknya.

“Permohonan kebenaran  memeriksa barangan secara fizikal oleh anak guam saya sebenarnya sangat penting bagi kes ini,” katanya di hadapan Mohamed Zaini hari ini.

Mohamed Zaini kemudian meminta apakah bantahan yang dikemukakan oleh pasukan pendakwaraya dengan permohonan itu.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini kemudiannya kelihatan tidak begitu berpuas hati dengan hujah yang dikemukakan oleh pendakwaan bagi menolak permohonan oleh Najib itu sehingga beliau bertanya tiga kali kepada Timbalan Pendakwa Raya, Fatnin Yusof.

Fatnin: Seandainya dibenarkan melakukan pemeriksaan seperti yang di mohon maka ini merupakan kes pertama di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang dibenarkan melakukan sedemikian.

Ini sekaligus akan membuka pintu kepada kes AMLA lain selepas ini. Kita tidak mahu menetapkan satu precedent (kes pendahulu) untuk kes Amla lain. Sebelum ini, tidak ada kes AMLA yang beri kebenaraan periksa secara fizikal barangan rampasan Yang Arif.

Mohamed Zaini: Baiklah tetapi saya hendak tahu apakah isu utama yang membimbangkan kamu sehingga mahu membantah permohonan?

Fatnin: Isu keselamatan yang mana masalah timbul apabila barang-barang yang disimpan di dalam bilik kebal di Bank Negara Malaysia (BNM) itu diperiksa malah untuk menjalankan pemeriksaan di BNM adalah mustahil kerana keperluan untuk menjaga keselamatan di bilik kebal.

Mohamed Zaini: Tetapi saya rasa kita tidak akan isu keselamatan kerana anda boleh gunakan polis untuk mengawal bilik tersebut ketika pemeriksaan, lagipun yang memeriksa ini bukanlah pengganas.
Saya hendak cuba fahamkan apa yang merisaukan kamu?

Fatnin: Kita juga akan akan berhadapan dengan masalah logistik seperti kemerosotan nilai apabila barang-barang sitaan itu dikeluarkan dari bilik kebal itu.

Ketika itu boleh kedengaran segelintir dalam bilik bicara gelak seketika malah Mohamed Zaini kelihatan tersenyum dengan hujah tersebut.

Kata Mohamed Zaini beliau sendiri pernah menangani kes besar rampasan dadah 200 kilogram (kg) di mana dadah itu akan dibawa berulang alik ke mahkamah tanpa ada apa-apa isu.

Mohamed Zaini: Saya juga boleh buat andaian bahawa pemeriksaan itu juga bukanlah dilakukan dalam bilik kebal sebaliknya di sebuah bilik khas bukan begitu? Juga dikawal rapi.

Jika anda cakap tentang kemerosotan, saya ingin beri anda satu contoh kes saya yang mana 200 kg dadah pernah dibawa ulang alik. Pada saya sekiranya barangan yang hendak diperiksa secara fizikal itu adalah kaca, mungkinlah fragile tapi kita sedang bercakap tentang beg tangan, jam dan wang tunai.
MGF18052018_OPERASI-KEDIAMAN-DATUK-SERI-NAJIB-TUN-RAZAK12-1
Sebahagian pasukan anggota polis yang bertugas membawa 
barang-barang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun 
Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas 
untuk membantu siasatan berkenaan kes 1MDB ke dalam trak 
polis di Pavillion Residence, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. 
foto AFFAN FAUZI
Daripada segi keselamatan pula, kamu juga boleh mohon hadkan pemohon sahaja yang masuk juga dengan kawalan rapi. Saya masih cuba fahamkan keselamatan yang kamu sebutkan ini.
Fatnin: Kita boleh buat rakaman video dan persembahkan kepada pemohon Yang Arif.

Mohamed Zaini: Rakaman video? Tetapi itu boleh dipersoal kelak. Kamu sendiri tahu bagaimana sekarang ini barangan yang dijual atas talian (online), gambarnya lain yang sampai kepada kita itu lain.

Lagi pun saya juga difahamkan ketika rampasan barangan itu, pemohon tidak ada di premis. Pemohon tidak ditunjukan barang-barang tersebut secara fizikal. Adakah ini adil buat mereka?

Menurut peguambela, rata-ratanya adalah hadiah dan bukan seperti yang didakwa. Sama ada saya terima atau tidak jawapan pemohon tentang barangan itu kelak, itu soal lain.

Yang saya sedang persoalkan di sini, dalam mahkamah saya, pengadilan perlu diberikan kepada semua pihak. Semua orang perlu diberikan peluang. Mungkin ada pasukan pendakwa lain boleh bantu beri hujah bantahan ini.

Muhammad Shafee kemudian bangkit memberitahu beliau pernah berdepan kes seperti itu sebelum ini di mana mahkamah telah memberikan kebenaran kepada pemohon untuk barangan berbentuk emas untuk diperiksa.

Malah jelasnya, sebenarnya BNM ada menyediakan tempat yang dipanggil sebagai Sasana Kijang di mana pemeriksaan boleh dilakukan dengan selamat.

“Sememangnya BNM dikawal ketat, pemeriksaan juga dilakukan dengan kawalan semua pihak malah dalam kes saya sebelum orang luar juga boleh hadir ketika pemeriksaan itu dilakukan.
“Saya tidak faham, tidak mungkinlah kami yang memohon kemudian bertindak mencuri pula barangan dalam bilik kebal itu,” ujarnya.
MGF18052018_OPERASI-KEDIAMAN-DATUK-SERI-NAJIB-TUN-RAZAK18
Orang ramai mengambil kesempatan untuk merakam kenderaan 
trak anggota polis yang membawa barang-barang bekas Perdana 
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri 
Rosmah Mansor yang di rampas untuk membantu siasatan 
berkenaan kes 1MDB di Pavillion Residence, Jalan Raja Chulan, 
Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohamed Zaini kemudian menetapkan 3 Februari bagi memutuskan sama ada beliau akan membenarkan permhonan Najib, Rosmah serta Nooryana atau sebaliknya.

Sebelum ini, notis dikeluarkan bagi membolehkan pihak berkepentingan hadir ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan dan memberikan alasan mengapa harta terbabit tidak sepatutnya dilucut hak kepada kerajaan. – MalaysiaGazette

Laksana semula PPSMI gelapkan masa depan anak bangsa




BANGI – Keputusan melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) disifatkan sebagai satu perkara malang, mengecewakan dan akan menggelapkan masa depan dunia pendidikan anak bangsa negara.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa yang kecewa dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PPSMI telah pun berlalu pada 2002-2010, dan telah banyak meninggalkan kesan buruk kepada kemerosotan kepada para pelajar.

“Kajian yang dibuat oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2009 merekodkan kemerosotan sehingga 80 peratus di Sekolah Kebangsaan dan di Sekolah Menengah sehingga program ini dibatalkan pada 2010,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zai yang juga Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan, pihaknya menyokong Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri dan juga pemangku Menteri Pendidikan bukan untuk mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, pihaknya bertegas mendesak Tun M membatalkan hasrat tersebut atau kerajaan akan berhadapan semula dengan gelombang himpunan rakyat menolak PPSMI yang telah pun berlaku sebelum ini.

“UMMAH bertekad akan mengerakkan rakyat berhimpun sekali lagi bagi menentang program PPSMI, dan ini akan mengakibatkan Tun akan kehilangan jawatan sebagai PM,” katanya.

Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah.

Perdana Menteri berkata, penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan perlu terus digalakkan terutama dalam pembelajaran Sains dan Matematik.


Malaysia tak sekat makanan import dari China: Salahuddin

fazleen safina

 

Maqis tetap periksa secara berkata makanan dari negara Tanah Besar

MARANG – Tiada sekatan ke atas pengimportan makanan dari China setakat ini, meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel coronavirus.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub, bagaimanapun berkata, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) akan tetap melakukan pemeriksaan secara berkala ke atas makanan dari negara itu, di semua pintu masuk Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kabinet telah mengarahkan kementerian pertanian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) juga memainkan peranan supaya pintu-pintu masuk kita diperketatkan.

“Antara barangan kita import (dari China) ada keratan ayam, beberapa buah-buahan dan sayuran terpilih tetapi semuanya bebas daripada virus (koronavirus). Virus ini dibawa (merebak) dari orang ke orang jadi janganlah zalim (sekatan import), melainkan ada kajian baharu dan kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada seorang peserta Program Rezeki Tani di Kampung Rusila, di sini, hari ini.

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan yang berlangsung di Geneva, hari ini, mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan koronavirus.

Sementara itu pada program itu, Salahuddin melawat ladang timun fertigasi milik seorang petani tempatan Zuliadin Abdullah, 50, yang sudah lapan tahun bergantung kepada kerusi roda akibat penyakit gout.

Salahuddin berkata, kementerian melalui Program Rezeki Tani telah meluluskan bantuan sebanyak RM9,000 kepada Zuliadin untuk membeli peralatan ladangnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub (kiri) melihat sayuran timun yang ditanam oleh petani, Zuliadin Abdullah, 50, (berkerusi, roda) ketika melawat tanaman sayuran fertigasi di Kampung Rusila hari ini.

Katanya seramai 1,000 peserta disasarkan menerima manfaat daripada Program Rezeki Tani bagi tahun 2019 dan 2020, melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta. -Bernama


Coronavirus: Filipina sahkan kes pertama babitkan wanita China

fazleen safina

 

Mangsa masuk hospital pada 25 Januari selepas batuk tak serius

MANILA – Filipina pada Khamis mengesahkan kes pertama jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) membabitkan seorang wanita China berusia 38 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu disahkan Setiausaha Kesihatan Filipina Francisco Duque pada satu sidang media dan mengatakan wanita itu tiba di Filipina dari Wuhan, China melalui Hong Kong pada 21 Januari.

Wanita itu dimasukkan ke hospital kerajaan pada 25 Januari, selepas mengalami batuk yang tidak serius, katanya.

“Dia asimptomatik (tidak menunjukkan sebarang gejala), tiada demam dan gejala lain setakat ini,” kata Duque.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan “memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua langkah berjaga-jaga yang perlu telah diambil untuk menghalang penularan virus itu.”

Wanita itu adalah antara 23 orang yang diletakkan di bawah pemantauan, kebanyakannya warga China. -Bernama


Tanah 999 tahun: Kerajaan Perak didesak pertahan dasar MTN

fazleen safina

 

MTN tetapkan tempoh pajakan tanah tak boleh lebih 99 tahun

IPOH – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak, hari ini, mendesak kerajaan negeri supaya mempertahankan pelaksanaan dasar Majlis Tanah Negara (MTN) berhubung pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampung-kampung baru di negeri itu.

Timbalan Presiden Gagasan Melayu Perak, Norali Nordin berkata, mesyuarat MTN pada 25 April 1997 telah menetapkan bahawa tempoh pajakan tanah di kampung-kampung baru hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun, tetapi tidak melebihi 99 tahun.

“Segala dasar MTN hendaklah dipatuhi oleh kerajaan negeri bagi memastikan keseragaman undang-undang dicapai dalam memberi keadilan yang saksama kepada rakyat dan pelanggaran dasar yang dilaksanakan MTN itu boleh mengakibatkan kerajaan negeri dianggap sebagai sebuah negeri yang tidak tahu menghormati keluhuran perlembagaan.” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Majlis Tindakan Rakyat Perak dan Wira Perkasa Perak, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming melaporkan beliau mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru, seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum ke-14 yang lepas.

Nga berkata, kuasa untuk meminda perkara hal ehwal tanah berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan tertakluk kepada MTN. -Bernama


ISMA, 3 lagi NGO dilabel ‘penghalang LGBT’ oleh media Taiwan

fazleen safina

 

Didakwa beri tekanan supaya ambil tindakan ke atas penyokong amalan songsang

BANGI– Gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dikritik oleh sebuah portal media Taiwan susulan kelantangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mengecam aktiviti membabitkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Selain itu turut dikritik oleh The News Lens ialah Gerakan Pengundi Sedar (GPS), Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) kini dikenali sebagai PUTRA.

Menerusi satu artikel terbitan portal itu, The News Lens mendakwa, setelah Pakatan Harapan (PH) memerintah, parti pembangkang seperti UMNO, PAS, NGO berhaluan kanan seperti ISMA, PERKASA, GPS, WAFIQ berterusan menyerang PH yang didakwa menyokong kepentingan LGBT, mengandungi agenda LGBT dan serangan dikatakan memuncak pada 2019.

“Contoh kejadian perarakan bendera pelangi pada Hari Wanita Sedunia, NGO yang berkenaan, seperti ikan jerung yang dahagakan darah, pengikut platform media sosial dan media berita mengigit erat PH, cuba memaksa kerajaan mengambil tindakan.

“Akhirnya, beberapa menteri secara terbuka mengkritik penganjur perarakan menyalah guna hak kebebasan perhimpunan, polis diminta membuat siasatan,” katanya.





The News Lens turut mendakwa bahawa perkara sama berlaku apabila aktivis gender, Numan Afifi dijemput oleh stesen televisyen untuk membincangkan topik LGBT, ketika berlangsungnya The Second International Conference on Gender and Sexuality 2019 di Kuala Lumpur.

“Dalam laporan hak kemanusiaan SUHAKAM tahun 2018, sebelas orang muslim gay didakwa di Mahkamah Syariah dan lain-lain. Persamaannya ialah: Bila diketahui umum UMNO, PAS dan NGO berhaluan kanan memberi tekanan kepada kerajaan mengambil tindakan ke atas individu berkenaan,” dakwanya.

Portal itu mendakwa, parti pembangkang dan NGO berhaluan kanan selalu menggunakan media dan platform sosial untuk menghasut, membesarkan, meminta penguatkuasa agama Islam mengambil tindakan berhubung perdebatan isu hubungan sejenis dan lain-lain.

“Pada ketika itu, inisiatif Rahmatan Lil Alamin yang diperjuangkan oleh Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa patut dipersoalkan, adakah ia bermaksud toleransi atau tidak, sehingga membenarkan hak golongan minoriti seksual ditolak,” katanya.

'Bagaimana Radzi menang tanpa bertanding walau ada pencabar?'

M FAIZAL GHAZALI




Calon ketua bahagian Bersatu Ketereh, Uzair Yusof mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Pemilihan Bersatu yang mengisytiharkan penyandang ketua bahagian itu, Dr Mohd Radzi Jidin menang tanpa bertanding.

Katanya, tanpa sebarang penjelasan lanjut jawatankuasa pemilihan juga seolah-olah mengabaikan pencalonan yang dikemukakannya pada 26 Januari lalu.

"Saya terkejut dengan pengumuman itu dan kita minta agar pihak bertanggungjawab mengemukakan alasan dan penjelasan lanjut.

"Ketika mengemukakan pencalonan saya yakin sudah memenuhi syarat yang dikehendaki dan tidak melanggar sebarang peraturan parti. Saya juga tidak menerima sebarang maklumat mengenai status pencalonannya," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebagai rekod Uzair sebelum ini merupakan timbalan ketua bahagian Bersatu Ketereh dan membuat pencalonan untuk bertanding bagi jawatan ketua bahagian itu.

Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar mengesahkan majoriti pemimpin tertinggi parti itu menang tanpa bertanding pada pemilihan kali pertamanya termasuk Radzi yang juga ketua penerangan Bersatu.

Bagaimanapun Syed Hamid tidak menjelaskan secara lanjut mengenai kemenangan Radzi sedangkan pencalonannya dicabar.

Justeru katanya, mana-mana pihak juga dibenarkan membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan berkuat kuasa sehingga 14 Februari ini sekiranya ada isu berbangkit.

Bersatu akan mengadakan mesyuarat dan perhimpunan agung tahunan serentak dengan pemilihan kepimpinan tertinggi parti ‪pada 20 Jun‬ depan, manakala persidangan dan pemilihan di peringkat cawangan ditetapkan mulai 25 Februari hingga ‪1 Mac‬, diikuti peringkat bahagian ‪pada 4 April‬.

Sementara itu Mohd Uzair berkata, pihaknya juga akan mengemukakan bantahan dan berharap Jawatankuasa Pemilihan Bersatu mampu bersikap adil demi keutuhan parti.

"Saya berharap pihak jawatankuasa pemilihan dapat memberi penjelasan munasabah dan saya juga akan kemukakan bantahan atas keputusan itu," tegasnya.


Asyraf boleh berdialog isu THP, tapi bukan dengan saya - Mujahid

M FAKHRUL HALIM



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof tidak mempunyai masalah jika Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki ingin berdialog mendapatkan maklumat, khusunya mengenai penjualan aset Tabung Haji Plantation (THP).

Namun, kata Mujahid, beliau bukanlah orang yang tepat untuk menyertai dialog itu, memandangkan sebagai menteri, beliau telah menyerahkan tanggungjawab menguruskan anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH) itu kepada mereka yang profesional.

"THP ialah entiti perniagaan. Sebagai menteri, saya arahkan entiti perniagaan ini biarlah orang profesional yang jalankan.

"Saya tak ada campur tangan kalau dia nak dialog, (tapi) bukan dengan saya. [...]

"Dia (kena) berdialoglah dengan orang kendalikan perniagaan, kenapa saya?" soalnya ketika menjawab soalan pemberita.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Prapelancaran Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Sekolah Rendah Agama Saidina Ali, Kuala Lumpur.

Semalam, Asyraf mengajak Mujahid berdialog bagi merungkai kebenaran berhubung isu yang melanda TH ketika ini termasuk penjualan aset THP.

Untuk rekod, Asyraf pada 24 Januari juga pernah mempersoalkan penjualan aset THP berupa 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak.

Mujahid juga bukan pertama kali menjawab isu itu, apabila pada 25 Januari menjelaskan tentang penjualan sebahagian daripada ladang kelapa sawit milik THP kepada Tamaco Plantations Sdn Bhd pada harga RM170 juta.

Katanya, sepanjang menjadi menteri, agensi di bawahnya diberi kepercayaan penuh menjalankan urusan tanpa campur tangan politik.

Dia juga menzahirkan keyakinan tinggi bahawa pihak pengurusan THP yang baru dapat menyelamatkan syarikat itu daripada terus mengalami kerugian.

Mengulas lanjut, kata Mujahid, memandangkan Asyraf kini di pihak pembangkang, beliau faham keinginan Asyraf untuk berdialog kerana mungkin bekas timbalan menteri itu "tidak tahu cerita" tentang urusan perniagaan TH dan anak syarikatnya sekarang.

Namun, Mujahid mempunyai sebab tersendiri untuk memastikan dialog yang mahu diadakan Asyraf tidak hanya menjadi dialog antara "orang politik" semata-mata.

"Dia orang politik, saya orang politik. [...]

"Bila berlaku dialog politik, dia akan jadi cerita lain, dan akan menimbulkan lagi kebimbangan (pendeposit)," katanya.

Tambahnya, sebagai menteri, dia perlu lebih memikirkan kepentingan kira-kira 9.4 juta pendeposit dengan nilai tabungan lebih RM70 bilion dalam TH.

Justeru, sekiranya Asyraf jujur mahu berdialog tentang TH dan THP, Mujahid berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mengatur pertemuan tersebut antara Asyraf dengan golongan pakar dan profesional yang terlibat langsung dalam urusan perniagaan.

"Lepas tu di luar dia nak cakap apa itu masalah dialah.

"Saya pun faham dia ketua pemuda, saya pun faham dia nak tunjuk kata dia bersuara.
Saya pun orang politik," katanya lagi.


Majoriti pimpinan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding

Muhammad Azizul Osman
MGF310120_PC-PENGESAHAN-SENARAI-CALON11-1
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar (tengah) menerima senarai calon dari Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti Pusat, Datuk Zulkifli Alwi (dua kiri) pada sidang media Pengesahan Senarai Calon Pemilihan Parti Bersatu 2019-2021 di di Bangunan Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK
 

PETALING JAYA -Kebanyakan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu) menang tanpa bertanding pada pemilihan kali pertama parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, antaranya Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Ketua Bahagian Langkawi, Tan Sri Muhyiddin (Pagoh); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun).

Pimpinan tertinggi yang berdepan cabaran bagi merebut jawatan Ketua Bahagian adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof di Masjid Tanah dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun bagi jawatan Srikandi Sepang.

“Kalau kita tak umumkan menang tanpa bertanding bermakna dia bertanding. Kamu (wartawan) nak tanya soalan yang sudah memang lagi terang, sudah nampak terang,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Mohd. Redzuan dicabar oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin, sementara Rina dicabar Hafiza Jusoh.
Menurut Syed Hamid, sebanyak 39 bahagian Bersatu menang tanpa bertanding.

Selain pemimpinan tertinggi, Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya bagi Bahagian Bagan; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin bagi Bahagian Ketereh, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor bagi Bahagian Tuaran; Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi Bahagian Tambun; Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya bagi Bahagian Batu dan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris turut menang tanpa bertanding.

Selain itu, sebanyak 45 kerusi Srikandi di bahagian menang tanpa bertanding, dan 63 bahagian Ketua Armada juga menang tanpa bertanding.

Pemilihan yang julung kali diadakan ini menerima 11,100 borang pencalonan untuk 7,371 jawatan di peringkat bahagian.

Daripada jumlah itu, 9,452 borang yang diterima layak bertanding.

Ia melibatkan 4,631 pencalonan di semua peringkat bahagian, 2,581 bagi Srikandi dan 2,240 bagi Armada.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, tempoh bantahan kepada semua jawatan itu sehingga 14 Februari depan.

“Kalau ada bantahan itu disahihkan, calon yang dibantah itu akan digugurkan. Satu hari sebelum mesyuarat cawangan, kalau ada bantahan kena hantar sekarang. Kalau pihak kami terima selepas 14 Februari, pihak JPP akan abaikan,” katanya.

Ditanya berhubung status Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah sama ada layak bertanding atau tidak, Syed Hamid berkata, mana-mana ahli yang digantung tidak layak untuk bertanding bagi semua jawatan pada pemilihan kali ini.

“Bagi jawatan ketua bahagian atau di peringkat bahagian, kami tidak menerima borang pencalonan daripada beliau,” katanya lagi.

Adhif semalam mengesahkan tidak menghantar borang pencalonan di peringkat bahagian.
Bagaimanapun, Adhif yang kini digantung tugas daripada jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Selangor berkata, beliau akan menghantar pencalonan bagi bertanding peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi. -MalaysiaGazette

Saya kasihan tengok Shafie bersendirian di Kimanis – Rahman Dahlan

Nizam Zain
MGF30012020_DISKUSI-PASCA-PRK-KIMANIS05
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bercakap pada Diskusi Pasca PRK Kimanis : Fakta dan Pengajaran di Tanjung Lounge, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa simpati kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana dilihat bersendirian ketika berkempen sepanjang PRK Parlimen Kimanis.

Bekas Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, ini kerana kebanyakan pemimpin Kerajaan Negeri Sabah yang lain kurang berpengalaman berdepan dengan pilihan raya kecil.

“Saya kasihan juga dekat Shafei sebab dia lone ranger (bersendirian), sebahagian lain tidak mempunyai banyak pengalaman (politik),” katanya berucap dalam Diskusi Pasca PRK Kimanis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Abdul Rahman juga menekan tentang strategi UMNO/Barisan Nasional yang berjaya menyusun jentera pilihan raya dengan berkesan sehingga membolehkan parti itu menang di Kimanis.

Beliau juga menarik perhatian mengenai dapatan Ilham Centre yang meramalkan Warisan akan menang selesa.

Menurut Abdul Rahman, pihaknya telah memanggil mesyuarat tergempar pada malam selepas Ilham mengumumkan dapatan mereka dan membincangkan tentang perkara tersebut bersama Datuk Bung Moktar Radin serta jentera pilihan raya.

Beliau juga melihat faktor Tan Sri Musa Aman turut menyumbang kepada kemenangan BN selain kesilapan Warisan yang terlalu menumpukan kepada isu pembangunan dengan memberi amaran kepada pengundi jika tidak mengundi Warisan maka tidak akan ada pembangunan di Kimanis.

Pandangan Abdul Rahman mengenai Shafie yang dilihat bersendirian semasa PRK Kimanis turut dipersetujuiTimbalan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP), Dr Pamela Yong yang membuat kaji selidik sepanjang dua minggu kempen PRK Parlimen Kimanis.

Menurut Pamela, PRK Parlimen Kimanis dilihat hanyalah satu medan perang kepada  Shafie kerana Presiden Warisan itu dilihat berhempas-pulas berkempen untuk memenangkan calonnya, Datuk Karim Bujang tanpa bantuan pemimpin sekutunya.
MGF30012020_DISKUSI-PASCA-PRK-KIMANIS06
Dr. Pamela Yong bercakap pada Diskusi Pasca PRK Kimanis : 
Fakta dan Pengajaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 
Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,
 
“PRK Kimanis benar-benar satu medan perang kepada Shafie, sebab setiap hari termasuk Ahad Shafie ada di kawasan (berkempen).

“Kimanis juga medan perang kepada kedua-duanya parti yang bertanding dari segi kerjasama parti sekutu di antara PH-Warisan dan BN-Muafakat Nasional,” katanya.

Pamela turut melihat ketiadaan pemimpin kanan dalam Pakatan Harapan seperti Darell Leiking, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew, pemimpin DAP tempatan dan juga barisan kepimpinan PKR memberi isyarat Warisan akan kalah di Kimanis.

Katanya, hanya kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat berjaya menarik orang ramai manaka pemimpin seperti Mohamad Sabu dan beberapa yang lain tidak mampu menawan hati penduduk. awar ibrahim, md sabu semua gagal tak berjaya tarik crowd

Beliau berkata, walaupun calon Warisan dari parti pemerintah Sabah dan juga parti tempatan, namun kempen yang bersifat retorik, janji-janji pembangunan, pengagihan wang tunai serta cabutan bertuah dilihat menjauhkan para pengundi dari parti itu. – MalaysiaGazette

Kimanis kesilapan pertama Ilham Centre sejak 12 tahun

Nizam Zain
MGF30012020_DISKUSI-PASCA-PRK-KIMANIS10
Dr. Hamidin Abdul Hamid bercakap pada Diskusi Pasca PRK Kimanis : Fakta dan Pengajaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
 

KUALA LUMPUR – Ramalan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis merupakan kesilapan pertama yang dilakukan badan pemikir Ilham Centre sejak hampir 12 tahun membuat kaji selidik mengenai pilihan raya.

Perkara diakui sendiri oleh Felonya, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid sambil menyifatkan kesilapan itu memberi banyak kebaikan kepada badan pemikir itu untuk lebih berhati-hati membuat kaji selidik pada masa akan datang.

“Ini adalah kali pertama buat kesilapan selepas hampir 12 tahun dalam kaji selidik dan hampir 36 kaji selidik dalam survey mengenai pilihan raya sebagai pengamal kaji selidik.

“Saya tahu ada orang senyum, ada juga ketawa, kita banyak belajar, saya fikir ia sesuatu yang baik datang daripada Kimanis dan betapa uniknya landskap di Sabah sehingga ke satu peringkat,” katanya dalam Diskusi Pasca PRK Kimanis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Pada 16 Januari lalu, iaitu dua hari sebelum hari pembuangan undi, Ilham Centre mengeluarkan dapatan kaji selidiknya mendapati, calon Warisan, Datuk Karim Bujang menang selesa dalam PRK Parlimen Kimanis.

Hasil kajian badan pemikir itu mendapati Karim selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bongawan selama lima penggal mempunyai kelebihan dengan 57 peratus berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

Menurut ketua penyelidiknya, Dr Muhd Yusri Ibrahim, hasil dapatan itu berdasarkan kajian yang dibuat membabitkan 491 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis.

Dalam pada itu, Hamidin juga mengakui bahawa pihaknya terlepas pandang terhadap kesan besar yang dibawa dalam isu Pas Sementara Sabah (PSS) dan ia disedari selepas laporan ramalan PRK Kimanis itu didedahkan kepada pengetahuan umum.

“Berdasarkan dapatan kami, pada asasnya kami sedar ia lebih besar kepada isu tempatan. Dalam ramalan kami kita letakkan PSS sebagai snow ball effect, kita sedari. Bukannya isu utama, tapi ia sesuatu yang kerap kali digunakan dalam berkempen,” katanya.

Selepas laporan itu dikeluarkan, Ilham Centre turut menyedari bahawa Warisan meletakkan keyakinan terlalu tinggi untuk merampas kubu kuat BN itu hanya kerana Warisan merupakan parti pemeritnah di Sabah.

“Kami dapat rasa Warisan terlalu yakin dengan kelebihan sebagai Kerajaan Negeri Sabah dan jentera berkempen lebih sempurna berbanding parti pembangkang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

China tak benar Malaysia guna pesawat tentera bawa pulang rakyat

MALAYSIAKINI




Pesawat tentera Malaysia tidak dibenarkan masuk ke China untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah Hubei yang dilanda wabak koronavirus, kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah.

"Malah, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menawarkan untuk menggunakan pesawat mereka lebih awal tetapi China hanya membenarkan penggunaan penerbangan komersial," katanya kepada media pada majlis Tahun Baru Cina di Kuantan, Pahang, semalam.

Oleh itu, beliau berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan membawa pulang 80 rakyat Malaysia menggunakan penerbangan komersial secepat mungkin.

Beliau berkata Nadma bersedia untuk misi itu dijangka boleh dilakukan dalam masa dua hingga tiga hari.

"Pesawat itu juga akan membawa pegawai perubatan. Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan (di China) dan mereka akan diperiksa sekali lagi apabila tiba di Malaysia.

"Mereka mungkin dikuarantin untuk seketika sebelum dilepaskan," katanya.

Beliau menjangkakan China akan bekerjasama dengan Malaysia kerana kerjasama serupa diperluaskan ke negara lain, termasuk Jepun.

Sebagai tanda solidariti kepada China, tambahnya, Malaysia akan menghantar bantuan 10 juta sarung tangan getah yang diperlukan petugas perubatan di sana.

Bagaimanapun, kata Saifuddin, Putrajaya tidak akan memberi topeng perubatan kerana Malaysia sendiri kini menghadapi kekurangan bekalan.

Terdapat 35,000 rakyat Malaysia di China di mana 25,000 daripadanya tinggal di Hong Kong, 2,500 daripadanya di Beijing manakala hanya 115 tinggal di Hubei.

Memandangkan beberapa rakyat Malaysia masih belum kembali ke Hubei, beliau berkata hanya 80 rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah itu.

Daripada 80 rakyat Malaysia yang dikenal pasti oleh kerajaan, sembilan adalah pelajar manakala 11 adalah pasangan China kepada warga Malaysia manakala yang lain adalah warga Afrika Selatan yang berkahwin dengan warga Malaysia.

Pada 29 Jan, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, kabinet membuat keputusan untuk membawa balik rakyatnya dari Hubei.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan wabak koronavirus yang telah membunuh 212 orang di China sebagai kecemasan global, kerana kes merebak ke sekurang-kurangnya 18 negara.

Terdapat lapan kes koronavirus di Malaysia ketika ini.


Coronavirus: Kerani bank ditahan sebar berita palsu

tyrazalhe

 

SKMM, PDRM rampas telefon bimbit dan kad sim digunakan suspek

BANGI – Seorang lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak novel coronavirus (2019-nCoV) ditahan, hari ini bagi membantu siasatan.

Individu merupakan seorang wanita berusia 28 tahun itu ditahan dalam operasi serbuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang berterusan buat hari ketiga.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM berkata, suspek yang juga kerani bank itu ditahan di Kuantan, Pahang pada jam 4 petang tadi bagi membantu siasatan berhubung kandungan berita palsu yang dimuat naik di laman Facebook pada 27 Januari lalu.

“Turut dirampas adalah telefon bimbit dan kad sim milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut di laman Facebook.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya.

Sejak 28 Januari lalu, SKMM dan PDRM telah menahan enam suspek yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu mengenai novel coronavirus.

Tindakan itu akan berterusan untuk memastikan penularan berita palsu dapat dikawal dan seterusnya menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.


Dari Wuhan ia datang, kepada Tuhan kita kembali

Muhammad Luttfi Abdul Khalid

 

Bagaimana seorang muslim bersikap dalam situasi sebegini?

SATU fakta yang diketahui umum sejak zaman dahulu lagi ialah penyakit dan wabak tidak datang dari angkasa lepas. Sejarah telah mencatat banyak episod serangan wabak ke atas masyarakat manusia tanpa mengira bangsa, zaman, tamadun, warna kulit, bahasa, kedudukan geografi, agama dan budaya.

Seiring dengan kejadian-kejadian ini, manusia mencari penawar dan ubat-ubatan untuk mengatasi dan “melawan” serangan-serangan penyakit dan wabak ini. Bergantung kepada teknologi dan tahap ilmu pengetahuan, masyarakat manusia tetap berusaha untuk menangani realiti ini.

Bagi sesetengah orang, penyakit dan wabak adalah satu penghalang untuk mengecapi kebahagian hidup. Manusia sanggup menghabiskan puluhan juta ringgit untuk mengkaji dan menjalankan eksperimen-eksperimen di makmal-makmal. Ada yang sanggup bergolok bergadai untuk sembuh dari penyakit yang mereka hadapi atau membayar kos yang tinggi untuk mendapat rawatan perubatan terbaik dari mana-mana pusat perubatan yang ternama.

Sekiranya dahulu manusia menangani serangan wabak atau penyakit dengan cara yang simplistik (kerana berlaku depan mata), lebih meyakini kepercayaan-kepercayaan karut dan misterius atau berserah kepada taqdir semata-mata, pada hari ini realitinya telah berubah sama sekali.

Perkembangan ilmu pengertahuan juga telah membawa kepada pemahaman yang lebih jelas dan terang tentang punca-punca penyakit, kaedah-kaedah rawatan dan pencegahan, ubat-ubatan dan penawar yang lebih tepat dan mujarab, pengkajian, ujikaji dan eksperimen-eksperimen yang lebih menyeluruh di makmal-makmal dan pelaburan yang besar dari pihak syarikat-syarikat farmasi dan tidak ketinggalan penggembelengan infrastruktur serta institusi-institusi kerajaan untuk menerokai teknologi tinggi dalam bidang perubatan.

Satu persoalan yang mungkin akan timbul ialah: Bagaimana seorang Muslim harus bersikap dalam situasi ini?

Sudah tentu terdapat garispanduan tertentu daripada agama Islam yang diturunkan sebagai rahmat bagi sekalian makhluk dan alam.

Pada pandangan saya, terdapat sisi pandang Islam terhadap isu perubatan, penyakit, wabak dan ekosistem kesihatan yang membezakannya dari semua sistem hidup yang dikenali manusia.

PERTAMA: Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya.

Hadith Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A. :

Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah”. (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dalam ertikata yang mudah, sumber penyembuhan bagi sesuatu penyakit itu datang dari kekuasaan Allah.

Satu nokhtah yang dapat difahami dari Hadith di atas adalah betapa Islam sangat menggalakkan umatnya melakukan kengkajian, penyelidikan dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dalam bidang perubatan. Penemuan sesuatu penawar atau ubat bagi mana-mana penyakit atau wabak adalah terletak dalam tangan (ikhtiar) manusia sendiri, dan bukannya sesuatu yang akan lahir secara mukjizat, “magic” atau di luar hukum alam.

Allah akan mengizinkan penawar atau ubat tersebut ditemui oleh manusia setelah manusia berusaha dan berikhtiar dalam bidang perubatan ini, dengan mengambil kira sebab dan akibat serta segala faktor yang berkaitan dengan penyakit dan wabak tersebut.

Hadith ini juga menggalakkan umat Islam menuntut ilmu dalam bidang farmasi dan menceburkan diri dalam industri farmaseutikal yang sangat besar manfaat dan mahlahatnya kepada manusia.

Terakhir, isu tawakkal dan penyerahan kepada kuasa Allah serta do’a adalah ikhtiar terakhir selepas pengerahan segala daya upaya manusia ke arah penemuan penawar atau ubat-ubat yang diperlukan untuk merawat sesuatu penyakit. (Rujukan tambahan: http://www.ilmusunnah.com/memahami-hadis-setiap-penyakit-a…/)

KEDUA: Kesan dan implikasi dari pemahaman Halalan Toyyiban.

1. “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

2. “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.” (al-Maaidah: 88)

3. “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (al-Nahl:114)

4. “Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam perdagangan) itu, sebagai benda yang halal lagi baik, serta bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Anfaal:69)

Tikus, ular, kelawar, anjing, kucing, kura-kura, gajah, singa, siput babi, tenggiling, helang, kala jengking, monyet, babi, lipas, lipan dan seumpamanya sudah tentu tidak termasuk di dalam kategori Halalan Toyyiban.

Meskipun manusia diberi pilihan dalam menentukan apa yang mereka inginkan dalam urusan hidup di atas mukabumi ini, umat Islam diberi garispanduan yang terbaik sebelum mereka membuat pilihan.

Contohnya dalam menentukan makanan dan minuman, galakan diberi supaya pilihan tersebut jatuh kepada yang Halal dan Toyyib.

Kedua-dua istilah ini mempunyai makna, skop dan pengertian yang amat luas.

Bagaimanapun, dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip Halalan Toyyiban ini, terdapat juga garispanduan yang lebih murni untuk diikuti oleh umat Islam, mengikut kemampuan dan kesanggupan serta kekuatan jiwa mereka.

Garis panduan ini dibahagi kepada Tiga kategori (termasuk dalam perbincangan Usul Fiqh), yang perlu difahami oleh umat Islam:

Pertama: Untuk memelihara Al Umurudh Dharuriyyah dalam kehidupan manusia.

Maksudnya perkara-perkara yang menjadi sendi atau dasar kehidupan manusia yang perlu ada demi kemaslahatan mereka. Dalam ertikata yang lain, bila sendi atau dasar itu sudah tiada, kehidupan manusia akan menjadi kacau bilau, kemaslahatan tidak akan tercapai dan kebahagiaan dunia dan akhirat tidak akan dapat dinikmati.

Kedua: Untuk Memenuhi Al Umurul Hajiyah dalam kehidupan manusia.

Maksudnya perkara-perkara yang sangat dihajati oleh manusia untuk menghilangkan kesulitan-kesulitan dan menolak halangan. Kategori ini lebih rendah dari kategori pertama.

Ketiga: Untuk memenuhi Al Umurul Tahsiniyah dalam kehidupan manusia.

Maksudnya sebagai pelengkap kepada tindakan-tindakan dan sifat-sifat yang harus dijauhi oleh akal yang sihat, dipegang oleh adat kebiasaan yang baik dan dihajati oleh keperibadian yang kuat. Kategori ini lebih rendah dari kategori Kedua.

Para pembaca boleh membaca penerangan saya ketiga-tiga kategori di atas melalui status saya berikut: {https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2705963689427624}.

Jelasnya, agama Islam kita tidak membiarkan umat Islam berbuat sewenang-wenang mengikut kehendak diri sendiri, hatta dalam soal pemilihan makan minum atau kesenangan-kesenangan hidup yang lain.

Tujuannya bukan untuk menyempitkan atau menyusahkan umat Islam, akan tetapi demi menjaga kehormatan dan kemuliaan umat Islam sendiri. (Rujukan tambahan: http://www.ikim.gov.my/…/tuntutan-halalan-toyyiban-boleh-m…/)

KETIGA: Konsep Halal Haram.

Konsep ini lebih komprehensif daripada poin Halalan Toyyiban di atas.

Dalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam, penulisnya Syaikh Dr Yusuf al-Qardhawi telah menggariskanbeberapa prinsip dalam penentuan halal haram. Antara prinsip tersebut termasuklah:

1. Asal segala sesuatu adalah harus (mubah)
2. Penentuan halal dan haram adalah hak Allah
3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan Syirik
4. Perkara yang halal menafikan keperluan kepada yang haram
5. Wasilah atau helah untuk melakukan yang haram adalah haram
6. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram
7. Menghindari syubhat agar tidak jatuh ke dalam yang haram

Pembaca adalah dinasihat membaca buku di atas untuk mendapat pemahaman yang lebih meluas. Poin-poin di atas hanyalah sebagai garispanduan sahaja, yang perlu kepada penghuraian dan penjelasan yang lebih teliti.

KEEMPAT: Pengawalan wabak dan penyakit berjangkit.

1. “(Wabak) Taun adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hadith Riwayat Muslim)

2. Al-Imam al-Bukhari merekodkan riwayat berkenaan Saidina Umar yang bermusafir ke negeri Syam. Beliau kemudian dimaklumkan tentang wabak penyakit yang menimpa tempat yang dituju tersebut. Salah seorang sahabat bernama Abdul Rahman ibn Auf menasihatkan:

“Sesungguhnya aku mempunyai ilmu tentang perkara ini. Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Sekiranya kamu mendengar tentang sesuatu wabak di satu tempat maka janganlah kamu memasukinya, manakala sekiranya wabak tersebut telah melanda sesuatu tempat, jangan pula kamu meninggalkan tempat tersebut (bagi mengawal penularan).”

Mendengar nasihat Abdul Rahman ibn Auf ini, Saidina Umar pun membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang ditimpa wabak tersebut.

Kedua-dua Hadith di atas sangat bertepatan dengan situasi ancaman virus N-Koronavirus yang sedang oleh negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Agama Islam telah mendahului zaman dengan kawalan penyakit daripada merebak seperti yang diisyaratkan di atas, yang pada hari ini dikenali sebagai kuarantin.

Bahkan terdapat rekod bahawa sebelum sesebuah hospital dibina, pihak pengurusan hospital terlebih dahulu menguji kesesuaian lokasi dari segi kualiti udara dan kesihatan dengan meletakkan potongan-potongan daging di beberapa tempat. Tempat yang paling lambat daging tersebut menjadi rosak akan dipilih sebagai tapak hospital yang akan dibangunkan.

Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentadbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Iran, Syria dan Mesir, yang dibangunkan sebagaimana hospital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka dan memberikan lesen untuk berkhidmat. Pendekatan, hospital-hospital di zaman kegemilangan Islam merupakan pusat rawatan, penyembuhan, kajian, pembelajaran dan sekaligus sebuah universiti perubatan.

KELIMA: Memahami fenomena wabak, musibah dan wabak yang diturunkan oleh Allah.

1. “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)” (Asy Syura: 30).

2. “Jika Kami berkehendak menghan­curkan suatu negeri, Kami jadikan orang-orang yang suka berbuat sesat di negeri itu sebagai pemimpin, lalu pemimpin itu berbuat zhalim kepada rakyat di negeri­nya. Akibat perbuatan rusak pemimpin mereka, turunlah adzab kepada me­reka dan Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Al-Israa:16).

3. “Tidak ada musibah yang menimpa melainkan dengan izin Allah.” (al-Taghabun:11)

4. “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).” (al-An’aam: 44)

5. “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (ar-Rum: 41)

6. “Tidaklah perbuatan keji merajalela pada suatu kaum, yang dipraktikkan secara terang-terangan di tengah-tengah mereka, melainkan pasti akan merebak wabah dan penyakit membinasakan yang belum pernah ada pada generasi sebelumnya.” (Shahiih at-Targhiib wat Tarhiib, no. 2187)

7. Dari Aisyah berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum Muslimin.

Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya (yang ternena wabak itu) dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid”. (Hadith Riwayat Bukhari 3215).

Berbeza dengan sistem hidup atau agama-agama lain, agama islam adalah satu-satunya sistem hidup dan agama yang mempunyai khazanah ilmu pengetahuan dan garispanduan terlengkap dalam masalah kesihatan. Umat Islam pula diberi penekanan tentang adab dan amalan-amalan kesihatan dan kebersihan sejak dilahirkan hinggalah ke saat jenazah dikuburkan.

Al Quran, Hadith dan Kitab-kitab Fiqh penuh dengan pelbagai peraturan dan garispanduan dari sudut kesihatan, amakan pemakanan dan minuman, halal haram dan bagaimana tindakan yang perlu diambil oleh pihak penguasa dan pemerintah dalam menghadapi ancaman wabak dan penyakit menular.

Bukan sekadar teori, akan tetapi terdapat institusi-institusi kesihatan, hospital, pusat-pusat pengajian dan kuliah-kuliah perubatan untuk memenuhi keperluan rakyat dan masyarakat.

Kerjaya sebagai seorang pengamal perubatan, doktor, jururawat, kakitangan dan para pekerja kesihatan dianggap sebagai satu profesion yang mulia, yang tidak kurang penting kedudukannya berbanding misalnya, seorang Mufti, Qadhi (Hakim) atau tokoh-tokoh dalam bidang pelbagai disiplin ilmu-ilmu agama.

Pada waktu yang sama, umat Islam terdidik dengan pendirian yang betul ketika mendepani isu-isu kesihatan atau ancaman dan wabak, sebagaimana yang sedang berlaku hari ini. Pendirian yang sama juga diaplikasi bila berlakunya bencana alam seperti banjir, ribut taufan, tsunami, kebakaran, kemarau dan seumpamanya.

Antara beberapa pengajaran dan ibrah yang boleh diambil dan diberi perhatian oleh umat Islam dapat disimpulkan seperti berikut:

Pertama: Allah mentaqdirkan berlakunya sesuatu adalah berdasarkan kuasaNya dan kekuatanNya, untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya kembali kepadaNya, tidak melampaui batas, tidak menzalimi sesama makhluk dan supaya menjadi sebab kepada diampunkan dosa. Terdapat hikmah di sebalik sebarang kejadian yang berlaku.

Kedua: Terdapat hukum sebab akibat yang perlu diperhatikan. Perlanggaran terhadap aturan ini oleh manusia akan membawa kepada kesan akibat yang tabi’i, sama ada bersifat azab siksaan mahupun kesenangan dan balasan baik dari Allah.

Ketiga: Terdapat keseimbangan pada setiap sesuatu. Keseimbangan alam yang diganggu dengan sengaja (biasanya atas dorongan hawa nafsu manusia) pasti membawa bencana dan kesan yang lebih besar kepada ekologi dan ekosistem dunia, yang sudah tentu terpaksa ditanggung dan dideritai oleh manusia lain pula.

Keempat: Pengabaian dan kelupaan melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar terhadap tingkahlaku yang mencabar kekuasaan Allah adalah salah satu sebab yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah terhadap sesuatu kaum, komuniti, bangsa, negara di mana bencana dan bala yang ditimpakan akan terkena ke atas semua pihak tanpa kecuali.

Kelima: Penularan “wabak-wabak” yang bersifat ideologi-ideologi anti-Islam/anti-Tuhan juga merupakan satu ancaman terbesar kepada umat manusia, umat Islam dan seluruh alam. Ini kerana ideologi-ideologi di atas bertunjangkan hawa nafsu dan sifat hawa nafsu ini mendorong seseorang untuk menolak dan menentang apa yang Allah turunkan, berupa nilai, ukuran, sistem, peraturan, cara hidup dan hukum-hakam yang sempurna, menyeluruh dan bebas dari sebarang kecacatan atau kekurangan.

Keenam: Kebahagiaan dan puncak kesempurnaan hidup hanya boleh dicapai dengan kembali mentaati Allah dan mengikuti sistem hidup yang telah diturunkan kepada manusia. Seluruh alam bergerak sebagai makhluk “Muslim” tanpa kerelaan mereka. Manusia diberi kemampuan akal dan ikhtiar – untuk memilih jalan Taqwa atau jalan Fujur. Sebarang pilihan yang salah akan membawa mudharat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi orang-orang sekeliling.

Akhir kata, umat Islam tidak pernah diajar untuk pasrah atau bergantung semata-mata kepada suratan taqdir. Umat Islam juga tidak digalakkan untuk kekal berada di dalam kelemahan dan kekurangan. Kekuatan tidak akan datang kepada umat yang sakit dan menderita atau kepada yang malas dan enggan berkerja keras.

Umat yang Beragenda akan kelihatan pada mereka yang bersungguh-sungguh berusaha untuk merubah dan menghapuskan segala ciri-ciri kemalasan, kelemahan, keculasan dan kekurangan yang ada pada diri mereka.

* Muhammad Luttfi Abdul Khalid- Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)


WHO isytihar coronavirus kecemasan global

sitifatimah

 

Bimbang virus Wuhan akan terus merebak ke negara lain

BEIJING – Selepas wabak Wuhan meragut nyawa 170 penduduk China dan merebak ke 20 negara lain, akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai kecemasan kesihatan global.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bimbang virus merebak ke negara yang tidak mempunyai sumber untuk menanganinya.

“Sebab utama pengisytiharan ini bukan kerana apa yang berlaku di China semata-mata, tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.

“Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” katanya yang kesal dengan kesilapan WHO menerusi tiga laporannya minggu lalu, apabila menyebut risiko global bagi wabak itu sebagai ‘sederhana’ berbanding ‘tinggi’.

Berdasarkan data terbaharu, lebih 7,784 kes dikesan di 20 negara dan membabitkan 170 kematian di China.

Terdahulu, Ketua Program Kesihatan Kecemasan WHO, Michael Ryan mengingatkan seluruh dunia supaya berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sedia bertindak.

“Umum darurat kesihatan antarabangsa boleh membantu menyelaras operasi yang dilaksanakan kerana langkah atau tindakan bersendirian 194 negara yang terjejas berpotensi memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Pengisytiharan kecemasan kesihatan global hanya pernah dibuat lima kali sebelum ini termasuk Ebola dan selsema babi. – Agensi


Khamis, 30 Januari 2020

PH didesak bentang pelan pemulihan ekonomi akibat koronavirus

Nizam Zain
MGF270120_HUMAN-INTEREST-CORONAVIRUS05
Foto hiasan - Orang awam memakai topeng penutup mulut dan hidung bagi mencegah jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) ketika tinjauan Malaysia Gazette di sekitar Hospital Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak merangka pelan pemulihan agar wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) tidak memberi kesan teruk kepada ekonomi negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, ia perlu dilakukan segera agar keyakinan rakyat tidak terjejas untuk berbelanja.

“Keresahan dan kegusaran rakyat termasuk para pelabur perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

“Ekonomi negara bakal lebih terkesan kerana wabak ini boleh mempengaruhi rakyat untuk tidak berbelanja sekaligus menurunkan permintaan domestik.

“Pelan pemulihan yang komprehensif perlu diwujudkan agar wabak ini tidak akan menjejaskan kestabilan rakyat dan memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas, khususnya industri pelancongan negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf tidak menolak kemungkinan kesan wabak 2019-nCoV kepada ekonomi negara boleh berulang sepertimana yang berlaku ketika wabak SARS melanda dunia pada 2002.

“Ketika wabak SARS melanda dunia pada November 2002 sehingga Juali 2003, sebanyak 8,098 kes direkodkan dengan 132 kematian.

“Tidak terkecuali industri pelancongan negara telah menerima impak daripada wabak SARS itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Fitnah Zuraida terhadap saya sangat spesifik, kata Saifuddin

Muhammad Azizul Osman
MGF300120_KEMPEN-BELI-BARANGAN-MALAYSIA02
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK
 

KAJANG – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ucapan Zuraida Kamaruddin dalam majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akhir tahun lalu mengandungi fitnah yang sangat spesifik terhadapnya.

Katanya, dua tuduhan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR itu berkaitan dengan kerajaan negeri Kelantan serta Tabung Tok Kenali yang membabitkan dana jutaaan ringgit.

“Tuduhan ke atas saya itu sangat spesifik dalam ucapan yang diberikan bahawa saya menerima berjuta ringgit daripada kerajaan Pas Kelantan sewaktu saya berkhidmat di Kelantan.

“(Tuduhan) saya dibayar berjuta ringgit oleh Tabung Amanah Tok Kenali, itu spesifik dia sebut.
Untuk Zuraida memberi kenyataan seperti itu dan rakan pemimpin kata boleh tarik balik, sedangkan saya tahu saya tidak ambil duit itu.

“Ini perlu diberikan noktah dan itu sahaja tujuannya (saman). Berpolitik boleh tapi kena jaga hemah dan adab,” kata Saifuddin dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra, Kajang hari ini.

Beliau ditanya tentang saman fitnah yang difailkan terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Artikel berkaitan: Zuraida dapat surat saman daripada Saifuddin

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau dilantik sebagai pengurus Tabung Tok Kenali pada 2004 hingga 2007 oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tabung Tok Kenali ialah agensi kerajaan negeri yang mengendalikan program bantuan dan khairat kematian untuk semua penduduk Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas.

Mengulas mengenai tuduhan Zuraida itu, Saifuddin berkata, ia tidak berasas kerana Kelantan dikenali sebagai antara negeri termiskin di negara ini.

Malah Saifuddin berkata lagi, lebih baik Kelantan mengagihkan wang itu kepada rakyatnya daripada memberikan wang itu kepada dirinya.

“Saya dilantik oleh (mantan) Menteri Besar, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan kita tahu negeri miskin, daripada dia bagi Saifuddin berjuta baik dia bagi kepada rakyat dia di Ketereh, Tumpat, Rantau Panjang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Gua Musang.

“Munasabah kah kerajaan Kelantan nak bayar Saifuddin berjuta, munasabah ke agensi kerajaan Tabung Tok Kenali nak bayar saya berjuta, itu lah yang disebut oleh Zuraida dalam ucapan dia,” katanya lagi.

Selasa lalu, Saifuddin mengemukakan saman ke atas Zuraida atas satu kenyataan fitnah Naib Presiden PKR itu ke atasnya.

Saifuddin berkata, beliau sudahpun mengarahkan peguamnya mengemukakan surat tuntutan kepada Zuraida, selain satu lagi surat berhubung salah laku menteri tersebut.

Artikel berkaitan: Zuraida tidak terima surat saman Saifuddin

Sebelum ini Zuraida mengesahkan beliau masih belum menerima surat saman yang difailkan Saifuddin berhubung dakwaan fitnah yang dilakukannya terhadap beliau.

“Saya tidak terima surat yang disebutkan sehingga ke hari ini,” katanya. -MalaysiaGazette

Satu lagi kes positif koronavirus dikesan, kini lapan kes di Malaysia

Wartawan MalaysiaGazette
MGF29012020_29012020-HUMAN-INTEREST-MyCPRC_04
Paparan skrin status terkini yang dilaporkan Sistem Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan (MyCPRC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC), Kementeri Kesihatan, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL
 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan satu lagi kes positif 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) dikesan menjadikan keseluruhan lapan kes wabak yang bermula dari wilayah Wuhan, China itu.

Menurut kenyataan kementerian, daripada lapan kes itu, tiga kes dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV.

Manakala lima kes lagi termasuk yang terbaharu hari ini adalah dalam kalangan kontak rapat.
Kesemua kes positif 2019-nCoV ini adalah terdiri daripada warganegara China.

Menurut kenyataan itu lagi, dari 10 Januari sehingga 29 Januari llau, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 89 orang iaitu 44 orang adalah warganegara Malaysia, 42 orang warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

Tiga kes PUI disahkan positif 2019-nCoV dan telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai (2) dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (1). Manakala itu, 81 kes PUI adalah negatif dan lima (5) masih menunggu keputusan makmal (Lampiran 1).

Sementara itu, seramai 32 orang kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV telah dikenalpasti dan kesemuanya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan serta dipantau rapi oleh KKM.

Daripada jumlah ini, seramai lima kes daripada kontak rapat ini telah disahkan positif jangkitan 2019-nCoV dan telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh (4) dan Hospital Permai (1).

“Kesemua kes positif di kalangan kontak rapat ini  berada dalam keadaan stabil. Manakala ujian makmal ke atas 27 kontak rapat lagi adalah didapati negatif jangkitan 2019-nCoV ,” kata kenyataan itu lagi.

Screenshot 2020-01-30 at 10.05.04 AM

Pihak kementerian, katanya, sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap wabak penyakit berjangkit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik.

Kapasiti dan kapabiliti sedia ada dipertingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan 2019-nCoV ini sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Selain itu juga, bagi memantapkan lagi aktiviti pengesanan kes yang disyaki, kementerian dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah bekerjasama mengenalpasti pelajar atau pensyarah yang pulang bercuti dari negara China.

“Mereka yang telah dikenalpasti akan diletakkan di bawah pemantauan di rumah (home surveillance) dan diberikan Kad Amaran Kesihatan dan Home Assessment Tool.

“Sekiranya mereka ini menunjukkan gejala, pelajar atau pensyarah ini akan dirujuk ke fasiliti kesihatan yang telah dikenalpasti dengan segera,” katanya.

KKM juga bekerjasama erat dengan beberapa kementerian lain bagi membawa pulang 78 orang rakyat Malaysia yang bekerja di Wuhan, China.

Semua mereka ini akan disaring, diambil sampel dan diletakkan di bawah pemantauan kesihatan selama 14 hari.

“Sekiranya mereka menunjukkan gejala, mereka akan dirujuk ke hospital yang telah dikenalpasti dengan segera,” katanya. – MalaysiaGazette