PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendedahkan polis tidak merujuk kepada menteri keputusan mengusir warga asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengganas.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad; Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin; dan Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah, katanya.
Anwar menegaskan dia menentang segala bentuk aktiviti keganasan, tetapi pihak berkuasa dilihat tergesa dalam membuat keputusan tersebut.
“Kita perlu mewaspadai tindakan negara yang tidak tunduk kepada proses undang-undang adil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Enam warga Mesir, 1 warga Tunisia dan 2 warga tempatan ditahan polis antara 2 hingga 9 Februari lepas dalam beberapa serbuan di Lembah Klang dan Sarawak, selepas menerima maklumat daripada agensi perisikan asing mengenai kehadiran suspek yang menjadi anggota militan, Ansar Al-Shariah Al-Tunisia yang beroperasi di utara Afrika.
Semua suspek disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dan diusir ke negara asal pada 5 Mac lalu.
Pengusiran itu dikritik Amnesty International dan aktivis hak asasi manusia lain, yang berkata warga Mesir berkenaan berdepan penyeksaan.
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya berkata sepanjang penahanan mereka, ahli keluarga dan peguam tidak tahu keadaan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan