WALAUPUN
sudah 10 bulan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara,
kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad
terus-terusan diserang dari pelbagai sudut dengan isu sensitif dan
berbentuk spekulasi.
Bahkan ‘persandingan’ PASUMNO berhasil memenangi naratif Melayu memberikan tekanan lebih besar dan diakui sendiri oleh Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, yang menganggapnya mengancam PH untuk sementara waktu. Ikuti temubual eksklusif Mohamad oleh wartawan BH, SAFEEK AFFENDY RAZALI dan CHE WAN BADRUL ALIAS
S: Daripada pandangan YB, adakah ‘persandingan’ PAS-UMNO betul-betul untuk perjuangan Melayu dan ummah?
J: Saya dengar Melayu-Cina, Melayu-India, sejak saya kecil. Mereka yang hilangkan hak Melayu, semua orang Melayu. Bagi saya, semua ini hanya propaganda untuk politik. Hanya akan menjejaskan pakatan buat sementara. Saya dalam PAS agak lama, 38 tahun lebih sehingga berada sebagai Timbalan Presiden parti. Perkara besar yang nak dilakukan oleh PAS semua dibawa dalam berbincang. Yang paling besar adalah PAS nak menyertai kerajaan campuran. Ada muktamar khas, berakhir dengan undi dan menyertai Barisan Nasional (BN). Kerjasama dengan parti Semangat 46 pun melalui Majlis Syura. Akhirnya keputusan dibuat walaupun ada pihak yang menentang. Itu biasa.
Begitu juga nak kerjasama dengan PKR, PAS dipanggil dalam Majlis Syura. Lahir Barisan Alternatif. Paling sukar nak kerjasama dengan DAP, bincang ulang bincang, akhirnya keputusan dibuat harus bertahlul dengan DAP pada 2008 dan kita berjaya menang lima negeri. Yang menghairankan saya kenapa dalam UMNO bermain dalam gelap. Itu sahaja. Kalau betul-betul nak bincang bawa mesyuarat. Barang kali saya tak perlu masuk penjara. Mungkin dah lama jadi menteri.
Tapi perbincangan dalam gelap ini, saya Timbalan Presiden PAS pun tak tahu. Akhirnya terdedah Sarawak Report, terdedah ada orang ambil duit dan sebagainya. Selepas berlaku perpecahan dalam muktamar PAS 2015 di Kuala Selangor, lahir Parti Amanah Negara (AMANAH). Maka sekarang terdedah semua yang bermain dalam gelap, sekarang dah terang. Bagi saya, kerjasama melalui jalan gelap, sekarang diterangkan dan saya rasa ia mengancam PH buat sementara. Kita akan kerja untuk menerangkan balik semua rakyat menjelang pilihan raya akan datang saya yakin PH akan terserlah semula. Masa sekarang memang naratif yang mengatakan kami macai DAP, alat DAP, barua DAP, itu gelaran yang dimainkan, sekarang zaman berita palsu.
S: Bagaimana nak dijelaskan penafian yang YB alat DAP, orang suruhan DAP?
J: Menerusi praktikal dan tindakan. Orang boleh melihat. Kita ambil contoh macam Lim Guan Eng diangkat Ketua Menteri Pulau Pinang, demonstrasi boleh dikatakan setiap minggu. Sampai kirim replika najis. Apabila pilihan raya 2013, BN tinggal 10 kerusi daripada 11. Penggal kedua mereka hanya hantar memorandum. Sebab sekolah agama dapat bantuan, azan boleh dan orang nampak apa yang berlaku. PRU 2018, BN tinggal dua kerusi. Satu dah masuk BERSATU dan satu lagi itu pun tak tentu lagi. Saya rasa Malaysia juga akan begitu juga. Kelak bila janji kerajaan pun dah mula (nampak), pertumbuhan ekonomi dah pulih, sedikit sebanyak penerangan kita akan kita teruskan, saya yakin gabungan perkahwinan ini mungkin tak ke mana.
S: YB dalam Kabinet. Mohon jelaskan isu menyatakan DAP dan Lim Guan Eng berkuasa dalam Kabinet, PM pun akur dengan DAP?
J: Tanyalah pada saya, mereka orang luar. Perdana Menteri berkuasa dan mendengar pandangan. Macam Lim Guan Eng... orang yang paling kuat lawan judi dalam Kabinet adalah Lim Guan Eng.
Banyak orang tak tahu. Sebarang bentuk judi yang nak dilesenkan baharu dan sebagainya. Masa dia jadi Ketua Menteri Pulau Pinang pun. Masa Ketua Menteri lain Melayu izinkan judi bola, tapi dia tak bagi.
S: Adakah Menteri Melayu dan Islam tidak bersuara dalam Kabinet?
J: Memang bersuara. Saya nak menyebut orang Melayu sungguh pun tak suka lesen judi yang ditambah, tapi yang kuat sekali melawan hal judi adalah Lim Guan Eng. Tapi dia dituduh macam-macam. Saya rasa ini biasa. Dan kini pembangkang ada, seperti tiada.
S: Bagaimana PM melaksanakan mesyuarat Kabinet?
J: Dia memberi ruang untuk bercakap. Kalau PM hanya bercakap sehala, maka mesyuarat Kabinet hanya 30 minit sajalah. Tapi mesyuarat empat jam. Percanggahan pendapat berlaku sangat panas... PM dengan kami semua. PM adalah seorang yang demokratik dan mengikut majoriti. Dia bukan diktator.
S: Kahwin PAS-UMNO ini adakah YB lihat ada kemungkinan ahli PAS beralih kepada AMANAH?
J: Ya, kita tak boleh paksa pemikiran orang untuk ikut kita. Cuma kita boleh bekerja memberi penerangan kepada mereka menjelang pilihan raya akan jadi minoriti. Itu saja. Kalau nak hapuskan keyakinan tak boleh. Macam saya dalam PAS nak tekankan fikiran supaya ikut apa yang kerajaan buat bukan senang. Jadi yang penting buat masa sekarang naratif terhadap Melayu, itu memang mereka kuasai. Melalui berita palsu.. tapi kita yakin dalam penerangan yang kita balas jangka panjang ia akan mengecil. Itu yang saya yakin.
S: Berhubung ucapan pemimpin AMANAH yang disalah tafsir pihak tertentu, apakah pesanan YB mengenai perkara itu?
J: Saya sendiri disalah tafsir bila bercakap sesuatu. Macam zaman ini berita palsu, bila kita nak nafikan ia sudah tersebar kepada orang ramai. Contohnya berita palsu berkaitan Peguam Negara, Tommy Thomas yang membenarkan hina Nabi kerana ini negara demokrasi. Tapi bila kami periksa, dia kata tak buat maka bila buat laporan polis, maka tertangkap orang yang menyebarkan berita palsu itu. Jadi, sebelum ia tertangkap berita dah tersebar dan orang Melayu dah marah Tommy Thomas.

Jadi berita palsu ini yang menguasai minda masyarakat sekarang. Macam Tabung Haji (TH) dikuasai oleh DAP. Akaun TH diteliti Kementerian Kewangan dan dapati akaun itu banyak yang dipertikai.
Dalam TH tiada seorang DAP pun. Tapi ini dimainkan dan naratif diyakini orang Melayu buat masa ini. Saya tak bimbang dalam politik kita nampak kita bersabar sikit lagi.
S: Pakatan Harapan dikatakan dah berpecah dan ada isu dalaman termasuk ada yang menyatakan kemungkinan undi tak percaya terhadap Tun Mahathir?
J: Saya tak percaya ia datang daripada kami. Tak pernah dengar datang daripada kami dan ia adalah daripada orang (lain). Memang dalam politik perbezaan pandangan adalah perkara biasa. Tapi hubungan kami dalam Pakatan Harapan masih kuat. Antaranya kita bincang strategi jangka pendek dan panjang untuk hadapi serangan Melayu Islam yang direka cipta oleh parti lawan. Bagi saya itu hak mereka nak cakap tapi yang saya tak setuju berita palsu dan rekaan. Kalau serangan kelemahan kerajaan dan tak mampu tunaikan lagi, maka seranglah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan