Katanya, permintaan itu dibuat William Bourdon dan Apoline Cagnat ketika menemui Peguam Negara, Tommy Thomas dan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, bulan lalu.
“Betul mereka datang, tapi saya tidak boleh dedahkan (kandungan) perbincangan.
“Mereka harap Malaysia buat lebih dalam membantu mereka dalam kes di Perancis,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
“Untuk pengetahuan, kes itu sekarang di bawah SPRM dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan.”
Pada 12 Februari lalu, Bourdon dilaporkan berkata, butiran akaun bank milik Terasasi (Hong Kong) Ltd dapat membantu penyiasat mencari pihak yang menerima sogokan didakwa berjumlah AS$130 juta bagi perjanjian kapal selam itu.
Pihak berkuasa Perancis dilaporkan berkata, syarikat itu milik Abdul Razak Baginda yang merupakan pembantu bekas perdana menteri, Najib Razak.
Kapal selam dibeli Malaysia pada 2002 pada harga AS$1.18 bilion, ketika Najib menjadi menteri pertahanan. Kapal selam yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak itu tiba di Malaysia pada September 2009 dan Julai 2010.
Pada 2011, Suaram memfailkan saman di Perancis mengenai pembabitan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam itu.
Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes itu kemudiannya diusir dari negara ini pada 2011.
Kertas putih pertahanan
Liew berkata Kementerian Pertahanan akan membentangkan kertas putih yang memfokuskan isu dan cabaran dihadapi pertahanan negara pada akhir sesi Dewan Rakyat tahun ini.
“Kertas putih ini dalam proses yang menumpukan idea pertahanann secara keseluruhan. Ini pertama kali dalam sejarah polisi.
“Pertahanan diberikan peluang untuk dibahas di Parlimen. Bila kita faham cabaran yang kita hadapi, kita ada konsensus bagaimana untuk menguatkan lagi pertahanan negara.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan