THE MALAYSIAN TIMES
LANGKAWI : Keputusan
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersetuju bertanding di kerusi Parlimen
Port Dickson akan membolehkannya kembali aktif dalam politik, kata
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
“Untuk dia bertindak aktif dalam politik, inilah caranya untuk menjadi wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan ehsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kepada mangsa ribut Kuala Teriang di sini.
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah hari ini mengumumkan pengosongan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.
Danyal berkata keputusan itu dibuat bagi membantu Anwar dalam usahanya kembali sebagai seorang Anggota Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan