Selasa, 4 September 2018

Sebat: Pahang bayang ikut langkah Terengganu


Sebat: Pahang bayang ikut jejak Terengganu
Datuk Mohamad Noor Abdul Rani
 
 
PEKAN - [DIKEMASKINI] Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) membayangkan akan mengikut jejak langkah Terengganu dalam melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani, berkata, perancangan pelaksanaan hukuman berkenaan memerlukan penelitian lebih mendalam dan perbincangan daripada pihak dan agensi yang terlibat.

"Kita menyokong hukuman kerana ia melambangkan keindahan Islam, tapi masih belum diputuskan lagi.. kita akan melihat perkara (hukuman) itu,

“Wajar hukuman terhadap LGBT ini dilaksanakan namun mengikut kaedah Islam bagi kita memberi  kesederaan kepada golongan tersebut," katanya selepas merasmikan Kembara Merdeka Hijrah 2018 di pekarangan pejabat Jaip, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan lesbian dihukum sebat depan khalayak]

Mengulas isu sama, Mohamad Rani berkata, pihaknya sudah mendekati golongan maknyah sejak enam tahun lalu melalui program khas sepanjang tahun sebagai salah satu usaha dakwah terhadap mereka.
Mohamad Noor melepaskan peserta Kembara Merdeka Hijrah 2018 di pekarangan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di sini, hari ini.
"Setakat ini, kita ada kumpulan dari Jaip yang melaksanakan pelbagai aktiviti bersama Persatuan Insaf bagi mendekatkan golongan berkenaan dengan Islam seterusnya membawa mereka kembali ke pangkal jalan.

"Kita mahu memberi kesedaran tapi dalam masa yang sama kita juga menyokong hukuman mengikut nas undang-undang Islam dalam mendidik terutamanya anak muda mengenai kesalahan amalan LGBT sekaligus menangani penularan gejala itu yang semakin membimbangkan," katanya.

Tiada ulasan: