Khamis, 20 September 2018

PRK PD: SPR mesyuarat esok

  SPR

KEADILAN DAILY


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar, dalam kenyataan mengumumkan bahawa mesyuarat itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, bagi memberi laluan kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, Danyal menang kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Tiada ulasan: