Khamis, 20 September 2018

Pastikan Anwar menang, PD bukan kerusi selamat

KEADILAN DAILY

 

 amirudin shari

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menggesa ahli dan penyokong KEADILAN agar memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson.
Menurut Amirudin, ini kerana Anwar adalah bakal perdana menteri ke-8 dan perlu menang dengan selesa.

“Hal ini tiada siapa boleh persoalkan cuma kaedah boleh diperkemaskan, pada masa hadapan.

“Sudah berulang kali saya cakap, ia adalah tanggungjawab ahli parti untuk memenangkan parti,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah dan Tanah Sepang.

Mengulas perbincangan tentang keputusan parti mencetuskan PRK Port Dickson, Amirudin berkata peristiwa yang berlaku ini boleh dijadikan pedoman pada masa hadapan.

“Pandangan semua pihak wajar didengar kerana Port Dickson bukan kawasan yang begitu selamat untuk ditandingi Harapan berdasarkan rekod lalu,” katanya.

Tiada ulasan: