ISMA WEB
Enam petunjuk, alasan kemungkinan Danyal Balagopal disogok

BANGI
– Pusat Penyelidikan PAS (PPP) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Danyal Balagopal Abdullah kerana
mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson, untuk memberi laluan kepada
Presiden PKR bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.
Pengarahnya,
Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ada kemungkinan berlaku sogokan di
sebalik pengosongan kerusi itu, yang menimbulkan kecurigaan dalam
kalangan masyarakat.
Bagi mengukuhkan dakwaan terdapat unsur sogokan, beliau menggariskan beberapa petunjuk kemungkinan terdapatnya unsur-unsur sogokan itu timbul iaitu:
- Keputusan untuk mengarahkan Datuk Danyal meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen tidak dibuat secara sah oleh organisasi PKR yang berkaitan, tetapi hanya oleh segelintir pimpinan PKR yang rapat dengan calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal;
- Calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal sebagai ahli Parlimen Port Dickson itu, juga diuar-uarkan bakal menjadi PM ke-8, sememangnya mempunyai rekod sabitan kes salah guna kuasa pada tahun 1999; dan
- Calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal itu juga telah dituduh oleh bekas Menteri Luar, Dato Seri Anifah Aman, cuba menyogoknya dengan jawatan dan wang supaya melompat parti membentuk kerajaan baru pada tahun 2008.
“Berdasarkan
petunjuk-petunjuk di atas, terdapat kemungkinan calon yang mahu
mengambil tempat Datuk Danyal itu melakukan sogokan, supaya kerusi
Parlimen itu dikosongkan untuk memberi laluan kepada beliau,” katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Dr Mohd Zuhdi juga memberi tiga alasan, jika sogokan ini benar-benar berlaku iaitu:
- Pengosongan kerusi tersebut dilihat telah mengkhianati mandat pengundi-pengundi Parlimen Port Dickson pada PRU ke-14 yang lalu, setelah mereka memberi sokongan yang agak besar kepada Datuk Danyal;
- Mengadakan Pilihan Raya Kecil semata-mata untuk memenuhi kemarukan seorang ahli politik yang tidak sabar-sabar untuk menjadi PM, akan menelan kos jutaan ringgit serta menyebabkan kerugian besar dana negara; dan
- Bakal calon Parlimen Port Dickson yang diuar-uarkan akan menjadi PM yang ke-8, adalah seorang yang pernah terpalit dengan kes salah guna kuasa dan kerendahan moral, pastinya amat tidak sesuai untuk menerajui negara.
Sehubungan
itu, katanya, PPP mendesak SPRM membuka siasatan, kemungkinan
berlakunya sogokan sama ada dalam bentuk jawatan dan wang yang
menyebabkan Ahli Parlimen Port Dickson itu meletak jawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan