ISMA WEB
"Kita tidak boleh bersikap keras dengan lawan politik yang juga beragama Islam, semata-mata kerana kejahilan mereka" - Hashim Jasin

KUALA TERENGGANU
– Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin hari ini membayangkan parti itu
akan membentuk blok pembangkang bersama UMNO, demi kekuatan Islam dan
dalam berdepan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Bukan itu
sahaja, beliau malah mengingatkan ahli PAS supaya tidak bersikap keras
terhadap lawan politik yang juga beragama Islam, semata-mata kerana
rekod kejahilan mereka, pengaruh sekular dalam pemikiran mereka dan juga
catatan amalan korupsi yang pernah mereka laku.
Ketika
merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-57 di Hotel Permai di
sini hari ini, beliau berkata, kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN)
pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, membawa satu era baharu dalam
politik Islam.
Beliau
mengimbas zaman Allahyarham Datuk Asri Muda memimpin PAS dahulu,
khususnya selepas Peristiwa 13 Mei 1969, apabila kedudukan Islam dan
orang Melayu tergugat, telah mendorong kepada pembentukan kerajaan
campuran PAS-Perikatan dan akhirnya tertubuh BN.
Ketika
itu, katanya, Dewan Ulama PAS yang dipimpin Allahyarham Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat memainkan peranan utama dalam mengawal dan menentukan dasar
PAS terhadap kerjasama politik ini.
Beliau
berkata, ulama PAS ketika itu membahas panjang lebar hukum kerjasama
politik dengan UMNO-Perikatan dan akhirnya memutuskan bahawa ianya harus
dengan dikenakan syarat-syarat ketat.
“Sedangkan
ketika itu, hubungan PAS dengan UMNO sangat tegang ekoran isu kafir
mengkafir yang menghumban beberapa ulama PAS ke dalam ISA. Kenapa ulama
ketika itu mengambil sikap demikian. Ia adalah pertimbangan politik demi
memastikan survival politik Islam di negara ini dipertahankan, ketika
ia dicabar oleh kebangkitan DAP.
“PAS memandang ketika itu bahawa soal kerjasama dengan UMNO ialah perkara ‘mutaghayirat’ yang boleh berubah mengikut keadaan semasa dan syarat-syarat yang digariskan. Atas asas itu, kita mengambil pendekatan siyasah syar’ieyah supaya maslahah yang lebih besar dapat dijaga, selagi mana perkara-perkara pokok tidak terancam,” katanya.
“PAS memandang ketika itu bahawa soal kerjasama dengan UMNO ialah perkara ‘mutaghayirat’ yang boleh berubah mengikut keadaan semasa dan syarat-syarat yang digariskan. Atas asas itu, kita mengambil pendekatan siyasah syar’ieyah supaya maslahah yang lebih besar dapat dijaga, selagi mana perkara-perkara pokok tidak terancam,” katanya.
Berikutan
perkembangan politik Islam terkini, Hashim berkata, ulama PAS mesti
membina titik kefahaman kepada masyarakat, terutama ahli PAS mengenai
hakikat kedudukan umat Islam dan bangsa Melayu selepas PH memerintah.
“Musuh-musuh
politik kita terus mengapi sentimen-sentimen perpecahan supaya orang
Melayu Islam jangan bersatu dan lumpuhlah kekuatan politik kita,”
katanya.
Beliau
berkata, sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis dan Seri
Setia, kerjasama PAS-UMNO sebagai parti pembangkang mula bergerak
positif.
“Dengan
tidak mempedulikan fitnah yang cuba dibakar oleh musuh-musuh politik
kita, kita harus melihat realiti politik hari ini yang sangat berhajat
kepada perpaduan orang Melayu Islam dalam mempertahankan agenda Islam
dan maruah bangsa. Kita sedar sepenuhnya tentang kebobrokan politik yang
pernah dilakukan oleh UMNO sepanjang lebih 60 tahun menjadi kerajaan.
“Tetapi
dengan jiwa daie yang ada pada kita, kita harus berusaha untuk
memperbetulkan kefahaman pemimpin dan ahli Umno terhadap Islam, dengan
cara kira mendekati mereka. Kita tidak boleh melihat Umno dan
ahli-ahlinya sebagai musuh, sebaliknya mereka adalah sasaran dakwah kita
sehingga kita boleh mengembalikan mereka kepada landasan Islam.
“Dalam hal
ini, menjadi tanggungjawab besar ulama untuk memahamkan ahli-ahli PAS
bahawa persoalan kerjasama dengan UMNO adalah perkara mutaghayyirat. Apa
yang penting, PAS mesti memainkan peranan untuk menjadi pemimpin dalam
agenda perpaduan ini. Islam mesti menjadi teras bagi segala bentuk
hubungan dan kerjasama, dengan al-Quran dan Sunnah menjadi sumber
rujukannya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan