Jumaat, 21 September 2018

Najib bayar sebahagian wang ikat jamin

Mohd Hazrol Zainal
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi membayar wang ikat jamin berhubung 25 pertuduhan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLAFTA) dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 SEPTEMBER 2018.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi membayar wang ikat jamin berhubung 25 pertuduhan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLAFTA) dan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi membayar sebahagian daripada wang ikat jamin yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi semalam.

Najib yang kelihatan tenang dan ceria difahamkan membayar RM1 juta untuk ikat jamin sebanyak RM3.5 juta yang diarahkan mahkamah.

Beliau telah dikenakan 25 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram di bawah  Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLAFTA) dan salah guna kuasa di bawah  Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

Dalam sidang medianya semalam, bekas perdana menteri itu berkata, beliau akan menggunakan pendakwaan ke atasnya itu sebagai platform untuk membersihkan imejnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: