Khamis, 13 September 2018

“Kini media perdana tidak lagi mahu membuat liputan” – Najib

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak berkata media arus perdana tidak lagi membuat liputan untuk dirinya.

Beliau dipetik berkata di Facebooknya hari seperti berikut :  “kini, media perdana dan sebagainya tidak lagi mahu membuat liputan.

“Oleh itu saya hanya duduk dan sembang dengan beberapa penduduk-penduduk dan ahli-ahli UMNO yang ada minat tentang isu-isu negara terkini di Tanjung Malim pada hari Ahad yang lalu.”

Pada pilihanraya umum ke 14 , Mei lepas Barisan Nasional dibawah kepimpinanya buat pertama kali hilang kuasa sebagai parti pemerintah selepas 60 tahun dimana beliau juga terpaksa melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan BN.


Tiada ulasan: