Berpolitik mesti atas dasar syariat, kelangsungan umat Islam: Pemuda PAS

KUALA TERENGGANU
– Kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai hala tuju jelas sehingga
ramai pihak mengambil kesempatan menggugat Islam dan hak Melayu, kata
Ketua Pemuda PAS.
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
berkata, melihat kepada sikap kerajaan ketika ini, ia menuntut kita
keluar daripada kepompong liga politik.
“Retorika perpaduan yang dicanang
Pakatan Harapan, bukan sahaja bersifat sementara tetapi turut dibayangi
agenda ‘Malaysian Malaysia’ yang dicita-citakan DAP sejak sekian lama,”
katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Majlis Perasmian Muktamar
Dewan Pemuda Pas Ke-59 di sini hari ini.
Perasmian dilakukan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mengulas lanjut Khalil berkata, dinamika politik hari ini benar-benar telah berubah.
Mengulas lanjut Khalil berkata, dinamika politik hari ini benar-benar telah berubah.
“Kita berpolitik dengan dasar syariat
demi kelangsungan umat Islam dan masyarakat Melayu sebagai majoriti
dalam demografi populasi negara.
“Maka dengan pelbagai dinamika politik
yang terbuka, berubah dan menjadi kian rencam di masa depan menuntut
‘kefaqihan’ seluruh ahli PAS termasuk Pemuda hingga berupaya menyulam
gerakan secara aktif dan inovatif.
“Saya percaya, keupayaan
sekurang-kurangnya dalam kedua cabang fiqh ini, bahkan jika boleh lebih
dari itu, akan menjadikan PAS penggerak politik yang sentiasa
terkehadapan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan