SHAH ALAM – Keputusan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson
bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam
pilihan raya kecil (PRK), tidak dibincang atau dimaklumkan secara rasmi
dalam mesyuarat parti, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Beliau berkata kebiasaannya sebarang perancangan penting termasuk berkenaan PRK akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR kerana ia melibatkan strategi yang besar.
“Ketika mesyuarat biro politik sebelum ini saya tiada kerana bertugas di Lumut, Perak, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku ketika mesyuarat itu.
“Namun, kalau tanya saya, tiada mesyuarat rasmi diadakan berhubung pengumuman atau keputusan berkenaan Datuk Seri (Anwar) bertanding di mana-mana PRK atau sesiapa mengosongkan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Inpens International College Kali ke-22 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam, yang mengkritik tindakan sesetengah pemimpin parti itu membuat keputusan berhubung pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson tanpa mengikut saluran yang betul.-BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan