ISMA WEB
821 peniaga diberi notis dalam Operasi Catut 5.0 bagi tempoh sebulan
ALOR SETAR
– Kerajaan bersedia menyemak semula senarai barangan yang dikenakan
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi melihat jika terdapat keperluan
untuk mengecuali atau pun mengurangkan kadar cukai barangan itu.
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail berkata, walaupun senarai barangan itu secara prinsipnya
telah dimuktamadkan, ada keadaan di mana pengecualian SST perlu dibuat
setelah mendapat maklum balas daripada pemain industri melalui lawatan
dan pemeriksaan yang dijalankan menteri berkaitan.
“Kita akan
melihat keperluan terlebih dahulu, sebab semak (senarai barangan
dikenakan SST) dan mengurangkan (kadar cukai SST) bermaksud kekurangan
hasil kepada kerajaan, jadi kerajaan harus cermat dalam meneliti.
“Sesuatu
item yang kerajaan nak kecualikan (SST) kerajaan kena kira dulu,
contohnya lima peratus kita turunkan kutipan cukai, membawa kehilangan
hasil berapa, jadi aspek itu diberikan tumpuan oleh menteri kewangan,”
katanya selepas mengadakan pemeriksaan SST di pusat servis Perodua di
sini, hari ini.
Setakat
ini, sebanyak 5,443 barang dikecualikan SST, berbanding kira-kira 500
barang saja ketika rejim Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), manakala
5,612 dikenakan cukai jualan 10 peratus selain lebih 600 barangan bagi
cukai jualan sebanyak lima peratus.
Bagaimanapun,
setelah kadar cukai dikurangkan atau pengecualian cukai diberikan,
beliau berharap agar pihak berkaitan dapat menurunkan harga sesuatu
barangan kerana kos pengeluaran telah diturunkan.
Sehubungan
itu Saifuddin berkata, buat masa ini beliau akan mengurangkan masa
duduk di pejabat dan akan lebih menumpukan kepada aktiviti turun padang
bertemu peniaga, pengilang dan pemain industri bagi mengetahui kekangan
dan permasalahan yang dihadapi mereka.
Mengulas
pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan pengecualian SST
bagi beg plastik beras, beliau berkata, beliau akan cuba berbincang
dengan Guan Eng jika terdapat keperluan untuk turut mengecualikan SST
bagi kilang pengeluaran makanan yang turut menggunakan bahan sama.
“Jadi oleh
kerana pelaksanaan (SST) masih lagi di peringkat awal saya tengok
Kementerian Kewangan agak fleksibel dalam membuat keputusan tentang
suatu item yang boleh dikecualikan,” katanya yang menyambut baik
keputusan tersebut.
Sejak
pelaksanaan Operasi Catut 5.0 yang bermula 8 Ogos hingga 3 September
lalu, sebanyak 3,084 premis telah diperiksa, iaitu 147 premis pengilang,
pengimport (15), pengedar (34), pemborong (223) serta peruncit sebanyak
2,665 premis dengan keseluruhan barangan berjumlah 88,298.
Sebanyak
434 notis telah dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga
dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, serta 387 notis mengikut Seksyen 53(a)
AKHAP 2011. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan