Bagaimanapun, kebakaran itu hanya melibatkan bahagian stor kedai berkeluasan 100 meter persegi dalam kejadian jam 9.16 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Penolong Penguasa Kanan Bomba Mohd Zainudin Nasir berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas pada kotak suis.
“Api berjaya dipadamkan sejurus anggota bomba tiba di lokasi dan kedai hanya terbakar 20 peratus. Malah, keadaan terkawal dan tiada yang cedera
“Insiden ini juga tidak menjejaskan struktur bangunan namun barangan yang disimpan dalam stor tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan