Jumaat, 21 September 2018

Tok Pa disiasat terima wang?


Annuar Musa
Annuar Musa
 
 
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed kini sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan menerima sejumlah wang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada perkara itu sebagai punca Mustapa meninggalkan parti.

“Apa yang saya boleh sahkan Umno Kelantan termasuk Mustapa disiasat beberapa hari tentang sejumlah dana yang diterimanya daripada pihak tertentu.

“Adakah sebabnya itu awak kena tanya dia,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaGazette.

Annuar turut memaklumkan bahawa siasatan terhadap Mustapa berlaku lebih kurang 10 hari yang lalu.

Dalam pada itu, Annuar menolak dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa kerjasama Pas-Umno sebagai punca Mustapa keluar parti.

“KJ (Khairy) ada tweet mengatakan Tok Pa keluar kerana ada kaitannya dengan soal kerjasama Umno dengan Pas tapi bila saya semak KJ (Khairy) tidak bercakap dengan Tok Pa (Mustapa) bermakna KJ hanya membuat spekulasi.

“Saya juga ada versi saya, saya tahu Tok Pa keluar bukan kerana kerjasama Umno dengan Pas. Tok Pa tidak pernah menolak bahawanya begitu. Isunya bukan itu. Tidak mungkin dia keluar parti sebab itu sahaja.

“Saya boleh beri penegasan dalam konteks kenyataan KJ itu sudah pastinya tersasar maka ianya hanya satu telahan KJ sendiri dalam Umno membuat telahan menberi pandangan sendiri tidak merupakan satu masalah silakan,” katanya.

Tiada ulasan: