Ahad, 2 September 2018

Isu hadiah DSV: Aishah bakal guna khidmat peguam




Aishah dan DSV
Aishah dan DSV
 
 
PENYANYI, Aishah memberitahu dia bakal menggunakan khidmat nasihat daripada peguam dalam menuntut haknya sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Jelasnya, hal demikian akan dibuat seandainya penaja GV4 iaitu Datuk Seri Vida masih enggan bertanggungjawab.

"Keputusan yang saya lakukan ini bukan baru.  Saya sudah tahu selepas dua minggu menjuarai GV4 lagi. Cuma saya baru bersuara kerana memberikan mereka masa dan ruang untuk selesaikan masalah ini.

"Kalau saya orang lama pun mereka pijak-pijakkan, apatah lagi nasib penyanyi baharu. Sekarang ini saya hanya bagi pengajaran supaya orang di luar tidak sewenangnya menindas para artis.

 

"Malah ini bukan kali pertama saya perjuangkan hak saya. Jika perkara ini masih berlanjutan, saya akan gunakan khidmat nasihat guaman," jelasnya kepada Media Hiburan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penyanyi itu mahu DSV tampil membuat permohonan maaf kepadanya.

Selain itu lagi, Aishah menerusi media sosialnya mendedahkan laporan penyelidikan rasmi berhubung seutas rantai berlian pemberian DSV yang didakwanya palsu.

Tiada ulasan: