Menurutnya, ini disebabkan oleh syarikat Bina Megah Empire menghadapi sedikit masalah dalaman antara lembaga pengarah sehingga menyulitkan keadaan.
“Isu ini sudah viral dan saya tak salahkan Aishah dalam hal ini kerana memang mereka berhak menuntut hadiah tersebut.
"Saya tak ada niat nak menipu mereka dan masalah kelewatan ini akan diselesaikan secepat mungkin.
"Saya berjanji akan bertanggungjawab terhadap kes ini dan akan memastikan hadiah tersebut sampai ke tangan pemenang," katanya kepada mStar Online.
Amir yang merupakan penyanyi kumpulan Pearl turut memohon maaf kepada ketiga-ketiga pemenang berkenaan.
Juara GV4 iaitu Aishah mendedahkan dia masih belum mendapat hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai program tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan