Antara
peserta memegang plakad ketika Himpunan Anti Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) di hadapan Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
KUALA LUMPUR – Himpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
tidak mempunyai permit penganjuran di hadapan pusat membeli belah
Kompleks Pertama di ibu negara hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah
berkata, penganjuran Himpunan bantah SST itu akan disiasat polis kerana
berhimpun tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa polis.
“Tiada pemakluman kepada OCPD Dang Wangi (anjur himpunan bantah
SST). Pihak bertanggungjawab yang menganjurkan himpunan yang tidak
mendapat kebenaran itu akan disiasat dibawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan
Aman 2012, kerana gagal memberi notis berhimpun,” katanya dalam mesej
ringkas menerusi WhatsApp hari ini. Antara
peserta memegang plakad ketika Himpunan Anti Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) di hadapan Kompleks Pertama,Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
Himpunan bermula 12 tengahari itu disertai kira-kira 50 peserta dari
pelbagai NGO antaranya Pemantaua Malaysia Baharu, Gerakan Suara Rakyat
yang dibimbing oleh Datuk Lokman Nor Adam.
Mereka mendukung Plakad yang tertera tulisan “bantah SST, lawan tetap lawan, bangkit rakyat, undur PH”.
Himpunan itu berlangsung selama lebih sejam sebelum bersurai setelah hujan lebat melanda ibu negara.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan