Isnin, 17 September 2018

Bekas KM Melaka masuk Bersatu



Bekas KM Melaka masuk Bersatu
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam menyerahkan borang pemohonan untuk menjadi anggota seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi.

Ketua Srikandi Bersatu Melaka, Azalina Abdul Rahman berkata penyerahan borang itu disaksikan beliau dan beberapa pemimpin parti yang lain di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, Jasin dekat sini.

“Malam tadi sudah isi dan serah borang, saya sendiri yang daftarkan secara atas talian borang beliau (Mohd Adib). Diharap beliau dapat membantu saya mengukuhkan Bersatu di Jasin,” katanya ketika dihubungi Bernama  seperti dilaporkan.

Beliau berkata borang permohonan Mohd Adib telah diserahkan kepada Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Adib menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka Kelima dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.

Tiada ulasan: