Kartun asal yang memaparkan Najib digantikan dengan Dr Mahathir.
Pelukis yang lebih terkenal dengan gelakaran Zunar itu berkata versi BN itu memutarbalikkan versi asal.
“Satu animasi cerita oleh saya sudah dicuri, diubah, disunting, diputarbalikkan dan difitnah,” katanya.
“Kalau tak curi karya orang bukan Umno lah namanya,” kata pengkritik kerajaan itu.
Laman pro-BN di Facebook mengadaptasikan kartun asal ciptaan Zunar yang memaparkan Najib dan keluarga menaiki kereta sorong.
Animasi yang diubahsuai itu pula memaparkan Dr Mahathir dan keluarga menaiki kereta sorong “22 tahun”.
“Saya akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan polis. Ini satu lagi berita palsu oleh Umno dan pihak berkuasa perlu mendakwa mereka bawah undang-undang anti-berita tidak benar.
“Ini plagiarisme tahap terendah,” kata pelukis itu.
Zunar berdepan beberapa tuduhan termasuk hasutan kerana lukisannya yang mencemuh Najib dan pimpinan Umno.
Pelukis kartun itu juga dikenakan larangan keluar negara dan bukunya pernah disita beberapa kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan