KEADILAN DAILY
Wakil rakyat KEADILAN yang mengkhianati parti dengan keluar parti selepas menang pilihan raya berhadapan denda RM10 juta.
Ini kerana semua calon yang telah menerima watikah calon semalam terikat secara undang-undang apabila menandatangani perjanjian setia dengan parti.
“Sekarang wakil-wakil kena fikir dua kali (untuk lompat parti), melainkan kamu ada RM10 juta,” kata penyandang kerusi Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengulas perkara itu, lapor Malaysiakini.
Sebuah akhbar Inggeris hari ini turut melaporkan Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengaku telah menandatangani dokumen berkaitan.
Menurut Johari, wang denda RM10 juta yang dikutip itu akan disumbangkan kepada orang ramai.
“Wang itu bukan untuk parti, wakil rakyat itu bayar pada kami, kami akan bayar pada rakyat,” katanya.
Dalam kit pencalonan semalam, calon yang bertanding juga perlu menandatangani akujanji untuk menyumbangkan gaji sebagai wakil rakyat kelak kepada KEADILAN.
KEADILAN akan bertanding di 51 parlimen dan 131 DUN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan