Ahad, 29 April 2018

Calon PKR mula kempen fitnah Perdana Menteri, kerajaan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
LANGKAWI: Calon PKR bagi Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan terus memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Ketika berucap dalam ceramah gabungan pembangkang PKR di Dewan Ho Peng di sini malam tadi, Dr. Mahathir mendakwa Najib mengugut pegawai kerajaan untuk dikenakan tindakan jika mereka tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya nanti.
 
Sedang Perdana Menteri dilihat tidak pernah mengeluarkan sebarang ugutan atau cuba menakut-nakut pegawai kerajaan sebaliknya kerajaan sedia ada telah memberi pelbagai keistimewaan dan menjaga kebajikan kakitangan awam selama ini.
 
“Najib telah menguasai institusi kerajaan termasuk polis, tentera dan jabatan-jabatan lain. Kita lihat, Perdana Menteri menyuruh pegawai kerajaan yang lemah semangat untuk menipu rakyat.
 
“Sekiranya pegawai kerajaan ini tidak mengikut arahan mereka akan dikenakan tindakan,” kata bekas Perdana Menteri itu.
 
Selain itu, Dr. Mahathir dalam ceramah tersebut turut menuduh Perdana Menteri menjual tanah di Langkawi bagi mencari wang membayar hutang negara.
 
Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga mendakwa Najib tidak membawa sebarang pembangunan di Langkawi sepanjang menjadi Perdana Menteri sejak 2009.
 
Ternyata tuduhan tersebut tidak berasas memandangkan Najib dilihat tidak pernah melupakan Langkawi malah Perdana Menteri membawa pelbagai perubahan termasuk memperuntukkan RM1.3 bilion untuk pembangunan di pulau bebas cukai itu baru-baru ini.
 
 

Tiada ulasan: