Sabtu, 28 April 2018

SPR terima 1,984 kertas pencalonan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 1984 kertas pencalonan daripada 222 tempat penamaan calon di seluruh Parlimen selepas tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi.
 
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, sehingga tempoh pencalonan ditutup, seorang calon telah disahkan menang tanpa bertanding oleh pegawai Pengurus Pilihan Raya iaitu dari N27 Rantau, Mohamad Hasan dari Barisan Nasional.
 
"143 parlimen akan menyaksikan pertandingan  tiga penjuru manakala 29 Parlimen bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru, dan 22 Parlimen bertanding empat penjuru serta tiga Parlimen bertanding pada lima penjuru.  
 
Daripada jumlah itu, Barisan Nasional mencalonkan 197 bagi kerusi Parlimen dan 445 calon bagi kerusi  Dun,"katanya.
 
Mohd Hashim berkata PKR pula meletakkan 185 calon di kerusi Parlimen dan 440 calon di kerusi Dun manakala Pas mencalonkan 150 calon di peringkat Parlimen manakala 375 pencalonan diterima di peringkat Dun.
 
Sementara itu, sebanyak 11 kertas penamaan calon telah ditolak atas pelbagai sebab iaitu tiga kertas pencalonan kerusi Parlimen dan lapan kerusi Dun.
 
"Daripada keseluruhan pencalonan, seramai 530 calon lelaki bertanding di peringkat parlimen dan 1244 bertanding diperingkat Dun.
 
Manakala 60 orang  calon wanita akan bertanding di peringkat Parlimen dan 150 orang di Peringkat Dun,"katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat SPR hari ini.
 
Sementara itu menurut Mohd Hashim, terdapat seorang calon yang menarik diri dalam tempoh penamaan calon iaitu dari Dun N48 Skudai, K. Kanafatty dati parti Bebas.
 
"Dengan selesai penamaan calon tersebut, maka bermulalah tempoh rasmi berkempen sehingga jam 11.59 malam, 8 Mei 2018,"katanya.
 
Beliau berkata, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, takrifan tempoh berkempen ialah tempoh yang bermula dari pegawai Pengurus Pilihan Raya mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan dalam bahagian pilihan raya.
 
Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata, bagi tujuan memantau aktiviti berkempen sepanjang tempoh rasmi, SPR  telah menubuhkan 446 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di 222 Parlimen dan 505 Dun.
 
SPR juga melantik 1236 orang pemerhati pilihan raya dalam kalangan 14 NGO tempatan bagi memantau proses pilihan raya selain menjemput 25 pemerhati antarabangsa termasuk Azerbaijan, Maldives, Thailand, Pakistan, Indonesia, India, Uzbekistan, Kemboja dan Kyrgyzstan.
 
SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi sebanyak 85 peratus dan pengumuman keputusan akan dibuat pada jam 9 malam.
 
 

Tiada ulasan: